Kawan2Ku

06 September 2011

Hari Ini : 6 September 2011

Posted by Dalia Hassan at Selasa, September 06, 2011
Assalamualaikum semua....

ermmmm.... hari ni dah raya ke 8 kan... pantas betul masa berlalu.... bermakna, tak lama lagi jer umur aku nak masuk 31 tahun 23 september, dan anak aku Ainul Mardhiah dah nak masuk 5 tahun 24 september ni... haissshhhh! aku 31 tahun? tak rasa pon.. aku rasa macam baru nak masuk 23 tahun. boleh? hehehe... tapi, apalah yang ada pada umur kan? sekadar angka.... (saja nak sedapkan hati)

hari ni macam biasa, dah jadi rutinku untuk bertugas di pejabat. masih ramai lagi kawan2ku yang bercuti raya, hanya aku jer yang dah mulakan tugas sejak raya keempat (sob sob sob).. dan kat opis, hanya aku berdua dengan linie jer yang jadi penunggu setia sejak semalam. kak wani masih bercuti raya... dan, seawal pagi perutku dah berbunyi minta diisi (kalau tak puasa macam ni lah rupanya- asyik nak makan jer)... oleh sebab tak berkesempatan nak pergi beli sarapan, aku dengan ayat bodek terus sms encik musa minta dia belikan capati sambal sardin.. dia ok jer, tapi saat akhir encik adam masuk opis, apa lagi aku ngan lini minta dia yang jaga opis... aku terus call en musa cancel yang aku pesan kat dia tu sebab kami nak pergi makan capati sendiri kat mamak- barulah puas.. hehehe!

setelah sebulan bercuti dari makan capati, akhirnya hari ni aku dapat menikmati capati + sambal sardin dengan seadanya.. dua keping aku baham, sama dengan linie... heheh.. lepaskan rindu dendam kat capati setelah sebulan aku menahan.. hahaha! sampai jer kat restoren tu aku nampak encik musa, tuan baim wong dengan kak muna ngah makan kat restoren tu... musa ada jugak tegur aku, tapi tuan baim wong buat2 tak nampak jer... dan aku tau dia tengah bad mood masa tu... aku, macam biasalah... kalau dia tengah bad mood memang malas lah aku nak menegurnya.... dalam kul 10lebih, aku rasa cam nak terkucil plak sebab aircond tu rasa sejukkkkk sangat... kuar pergi tandas jap, masuk opis semula tengok tuan baim wong ada kat dalam opis... pon nampaknya masih mood tak berapa bagus, aku malas nak tegur dia, terus masuk dalam bilik dan terus tutup pintu... sekali sekala aku intai jugak la kat ruang sebelah, tengok dia ada lagi ke dah balik opis dia... tengok dia ada lagi.. ermmmm.. lama jugak dia lepak kat opis kitorang, dan aku rasa dia layan game kat komputer belakang... hehehe... macam lah aku tak tau apa maksudnya kalau orang tu dok khusuk menatap monitor dan tangan dok gerak2an mouse.... game ar apalagi.. hehe... dah setengah jam dia dok melepak kat luar tu, aku pon buat baik la kat dia, hantarkan kek yang kakak balai bagi aku pagi tadi.. pas dia makan sampai abes kek aku, dia pon masuk dalm bilik, nak berborak lah tu... mesti mood dia dah kembali normal... aku, linie, tuan baim wong ngan fadzly dok berborak macam2 cerita yang keluar... kitorang gelak terbahak2 dengan lawak diorang ni sampai tuan letak tangan dia kat dahi aku (tak kena pon), dia tanya "ko demam ekkk"... bengong jek... dia yang buat lawak tak hengat, aku pulak yang kena semula... aku sempat tanya dia "tuan saya tengok pagi tadi bad mood jer, datang bulan ker?" pastu dia jawab, mana ada bad mood, ok jer... (ermmm... yer la tu)

petang pas keje, aku terus pergi dewan besar main badminton.. lepas gian setelah sebulan bercuti...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea