Kawan2Ku

17 September 2011

Jemputan Rumah Terbuka

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, September 17, 2011
Burrrrrppppp! Alhamdulillah.. Kenyang gila.. Macam2 dah sumbat kat dalam perut aku yang sememangnya besar ni.. Almaklumlah, baru balik dari jemputan rumah terbuka Dato' Seri Dr Erwan kat Usj3.. Macam2 makanan ada..
 
Tadi, pas magrib aku tunggu kak wani dan family dia kat depan ipd.. Plan asal nak follow je belakang bas yang bawak rombongan ke rumah dato'.. Tapi sampai je, kebetulan serentak dengan tuan naser, so dia ajak kitorang pergi dulu, follow belakang kereta dia.. Ok gak coz kalau nak tunggu bas, confirm lambat.. Sampai rumah dato' lebih kurang kul 8, terus kitorang amik tempat.. Fuhhhhh! Nasib baik kitorang sampai awal, kalau tak confirm susah nak dapat parking, apatah lagi meja makan yang penuh.. Ramai jugak yang makan sambil berdiri disebabkan tak cukup tempat duduk...

Antara makanan yang dihidangkan

Sesi mengagihkan duit sumbangan raya kepada kanak2

Ainul Mardhiah~Puteri kesayanganku
Dalam kul 9.10pm, masa yang di tunggu2 pun tiba.. Masa untuk dato' mengagih2kan duit raya untuk anak2 kakitangan IPD Subang Jaya yg berumur 16 tahun ke bawah.. Yeayyyyy! Ainul dapat RM50... Kak wani untung la, anak 4.. Dapat rm200.. Syok anak ramai ni.. Wat collection. Hahaha! Buruk perangai..

Dapat duit raya jer, kitorang terus balik.. Nak tunggu apa lagi.. Makan sudah, duit pun dah dapat.. Apa lagi... Bagi chance la kat orang lain yang tak dapat duduk kat meja... Hehehe!

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Alia : Tadi masa aku baru sampai IPD, mak aku called. Dia bagitau yang Kak Noi (Datin Seri Normala Shamsudin) aku baru jer balik dari rumah parent aku kat kampung... datang beraya... kak noi bagitau mak, yang dia call aku banyak kali, tapi aku tak jawab... hehehe... sorry la kak noi.. kita memang kalau nombor pelik keluar kita tak jawab... tetiba teringat dulu kalau dia datang rumah mak, mesti rumah penuh dengan jiran2 dan orang kampung aku yang nak jumpa dan bergambar dengan dia. Pernah sampai kitorang adik beradik pesan kat mak, kalau ada orang tanya bila kak noi nak datang, cakap jer tak tau... yer la... kitorang ni jarang berjumpa... sekali sekala berjumpa tu nak la jugak bercerita panjang.. tapi satu pasal dia yang aku respect, walaupun jauh perjalanan dia, dia tak pernah lupakan asal usul dia.. macamana aku kenal Normala Shamsudin masa kecik, macam tu jugalah dia sekarang... sebab tu aku sayangggg sangat kat kakak aku nan seorang ni...hehehehe!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea