Kawan2Ku

28 September 2011

Letupan di Empire Gallery Subang

Posted by Dalia Hassan at Rabu, September 28, 2011
Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi aku sampai opis dalam kul 7.45am.. punch card, turun bawah semula masuk opis, baru on komputer then my boss Tuan Khai a.k.a Baim Wong masuk opis aku sambil bawa senaskah skrip (saja ja la tu nak bagitau dia berlakon) Sambil berborak ngan dia, dia bagitau yang Empire Shopping Gallery Subang runtuh akibat letupan... terkejut jugalah aku, yer la... ingatkan kenapa, rupanya berpunca dari letupan dari saluran paip gas di bawah bangunan terbabit. Ramai anggota dan pegawai dari tempat aku ni diarahkan untuk bertugas di sana... Aku difahamkan bahawa empat orang cedera manakala lebih 300 yang lain terselamat dari letupan tersebut.






Gambar: kredit tu jiran sepagarku merangkap teman sekerjaku, Shahazrin yang bertugas ditempat kejadian. Thanks yer...

Empat orang yang terperangkap di tingkat bawah kompleks terbabit yang menempatkan sebuah hotel, di selamatkan oleh anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya. Letupan tangki gas pada jam  3.45 pagi berlaku di kedai berkenaan yang terletak di tingkat bawah juga merosakkan dua tingkat lagi kompleks berkenaan.


Mereka yang tercedera ialah seorang pengawal keselamatan warga Nepal dan seorang rakyat tempatan yang mengalami luka-luka akibat terkena serpihan kaca yang pecah telah dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea