Kawan2Ku

10 September 2011

Open House Situ Sana Sini

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, September 10, 2011
Assalamualaikum...

Hari ni pagi2 lagi aku memang tak makan apa2, cuma minum air masak je.. Saje je mengosongkan perut aku ni...Sebabnya? Aku ada dua buah rumah yang perlu aku pergi untuk jemputan rumah terbuka.. Yer la, kena kosongkan perut, baru la boleh isi banyak skit nanti.. Hehehe!

Rumah pertama di Taman Koperasi Cuepacs, kat Kajang.. Ni rumah Sarjan Mejar Rasni.. Dia ni satu cawangan ngan aku... Cawangan trafik.. Dalam kul 1 aku tunggu kat rumah kak wani di Kg Medan untuk berkonvoi sama2 ngan dia untuk ke Kajang.. Nak harapkan asben aku, memang confirm sesat la jawabnya nanti.. Hehe.. Kitorang bukannya biasa sangat jalan2 kat sana.. Then, sampai kat depan petronas depan Maktab polis kat cheras, kami tunggu linie dan family dia kat sana untuk konvoi bersama.. Sampai rumah SM Rasni lebih kurang 2.30pm.. Sampai je tengok ramai orang dah kat sana.. Macam2 makanan ada. Apalagi, bedallah! Perut kan tengah kosong.. Hehe.. Asben aku pun makan tak hengat! Anak aku je yg asyik ingat nak main je..


 linie dan anak2 dia... kat rumah SM Rasni


Dalam kul 3.10, aku, kak wani ngn linie bersama family masing2 bergerak memenuhi jemputan rumah terbuka yang kedua pula kat Dengkil... Yang ni special skit, coz yang aku nak pergi ni rumah pegawai dari cawangan logistik bahagian pengangkutan, Inspektor Naser.. Sampai rumah dia dalam kul 3.50pm.. Aku memang takder masalah nak cari rumah dia coz aku memang dah study awal2 kat google maps mana nak cari rumah tuan.. Hehehe.. So, kami berkonvoi tiga kereta, dan aku terpaksa mengepalai rombongan  disebabkan hanya aku yang study kat encik google maps nak cari rumah dia.. Dan tanpa sesat, kitorang selamat sampai kat rumah tuan. Best sangat sebab sempat jumpa DSP Mok... dia ni dulu Ketua Bahagian Logistik Daerah (KBLD) Subang Jaya, tapi baru bertukar ke Bukit Aman...Bagi aku, dialah pegawai yang paling sporting... sebab tu bila dapat tau yang dia kena bertukar ke Bukt Aman, sedih sangat.. Dalam kul 4.40pm kitorang gerak balik.. Yang kelakarnya, Ainul tak nak balik... nak duduk rumah uncle Naser katanya... adoiiii anak aku ni, mentang2 lah anak2 tuan ni semua lelaki... haishhhhh! kecik2 lagi dah menggatai, ikut perangai sapa la ni....

my lovely encik asben


DSP Mok, sempat bergurau senda lagi dengan kitorang

Tuan Naser (sempat tu curi2 amik gambar dia)

mengintai dari luar... hahaha!

seronok tengok kanak2 bermain...


Balik, kitorang singgah Carefour Kota Damansara. Konon2 nak beli barang dapur, tapi banyak barang yang takder.. So aku plan esok jer nak g beli barang dapur kat econsave... On the way balik rumah, Ainul kata dia lapar.. Geram plak aku.. Yer la, tadi sibuk nak main, tak nak makan.. Ni dah rasa lapar plak.. So kitorang singgah restoren sup ani utara kat kota damansara..

Ainul sampai tertidur dalam kereta, kepenatan....

Ermmmm.. Tu jer la aku nak cerita.. Masa untuk ZZzzzzzz... Daaaaaaaaaaaaa.... Good Nite!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea