Kawan2Ku

22 September 2011

Sambutan Hari Raya Kontinjen Selangor

Posted by Dalia Hassan at Khamis, September 22, 2011
Assalamualaikum...

Hari ni memang kerja aku makan, makan dan makan. Kerja lain tak ada.. Burrrrpppp! Alhamdulillah. Adoi! Tak senonoh betullah.. Tp apa nak buat kan, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..

Pagi2 tadi encik amran bawak mee kari favourite aku yang didatangkan khas dari Taman Medan. Oleh sebab kami memang sedang mengosongkan perut untuk persedian menyumbatkan seberapa banyak makanan di sambutan hari raya di IPK nanti, so sebungkus mee kari aku share bertiga, dengan kak wanie dan linie.. Yang lain kami serahkan kat encik adam untuk settlekan semuanya. Ermmmm.. Memang licin...

Setelah berusaha dan berjaya memujuk Tuan Rahman dan Tuan Ramzi untuk beri kelepasan pada Linie untuk dia keluar sekali ngan kitorang pergi IPK, akhirnya 11.45am kami gerak dari IPD.. Sampai je IPK, tengok ramai gila yang datang, nak parking pun susah. Tapi dapat juga lah menyelit parking kat tepi tu.. Masuk dalam, pening juga lah dibuatnya.. Sesak. Tapi makan tetap makan.. Setahun sekali jer jamuan raya ni.. Macam2 makanan ada. Penuh perut dibuatnya. Adoiyaiiii.. Camana nak diet ni? Tapi tak apa la... Hari ni jer. Ngeh3..




Gerai Rojak


tetamu yang semakin berkurangan

Encik Yusof yang sewel.. hahaha!

Oklah.. Hari ni tak ada benda nak tulis sangat. Tu je la untuk hari ini...

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Alia: tadi dari opis nampak orang TV3  sedang temuramah sorang pegawai tu... dari jauh nampak macam zakiah anas... tapi yang menarik perhatian aku, latar belakang masa diorang temuramah tu, berlatar belakangkan kereta aku... takperlah... aku tak kuar tv, kereta ku pun jadilah walau kuar skit jer... hehehe!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea