Kawan2Ku

02 Oktober 2011

Adam Nufail : Kuatkanlah semangatnya

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Oktober 02, 2011
Sedih, sayu, hiba bercampur baur bila melihat gambar2 Adam yang semakin kritikal. Air mata mengalir tak tertahan2.. Adam Nufail, si kecil yang menghidap barah dalam abdomen. . Ya Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hari ini, ulangtahun kelahiran Adam diraikan dalam suasana sederhana walaupun tarikh sebenar jatuh pada 18 Oktober.

Jumaat lepas, aku sempat sms Maznah bertanyakan tentang keadaan Adam. Menurutnya, Adam semakin kritikal dan ketumbuhannya semakin membesar.. dan Adam telah dibawa pulang kerumah, bersedia untuk sebarang kemungkinan... :'(

semoga Maznah, ibu Adam tabah menghadapi dugaan dariNya

gambar yang telah membuatkan air mata aku tak henti mengalir... :'(

walaupun doktor menjangkakan hayat Adam tak mampu bertahan lama, namun Adam masih kuat untuk duduk..

wajah si kecil yang bersih..

Adam ketika di Hospital Alor Gajah, Melaka.. Patung simpson, kopiah biru dan koleksi cerita Upin & Ipin, adalah 3 benda yang sentiasa menemani si kecil ini...

Kasih seorang ibu...





Sumber : Gambar Facebook Maznah Amir (Ibu Adam Nufail)

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea