Kawan2Ku

05 Oktober 2011

Al-Fatihah : Adam Nufail

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Oktober 05, 2011
Assalamualaikum wbt...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون... Kepada-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita kembali... Baru 2-3 hari lepas aku buat entry pasal adik Adam Nufail, hari ini lebih kurang jam 4:39pm aku terima sms dari Maznah yang memberitahu tentang pemergian adik Adam Nufail ke rahmatullah lebih kurang jam 4ptg tadi...

Tiada lagi penderitaan yang perlu ditanggung oleh arwah. Semuanya perancangan dari Allah, kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Buat sahabatku, Maznah Amir dan seluruh ahli keluarga, salam takziah. Semoga tabah dalam menerima setiap dugaan dari-Nya.

Al-Fatihah...


Alia : Tak tau berapa banyak air mata aku mengalir bila tengok penderitaan arwah semasa hayatnya... walaupun tidak bertentang mata dan hanya melalui gambar2, hati aku cepat tersentuh... kuat sungguh Maznah, ibu Adam untuk menanggung semua ni. Kalaulah aku yang diberi ujian macam ni, entahlah. Memang aku tak kuat sebagaimana Maznah kuat untuk bersama2 arwah berjuang untuk hidup.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea