Kawan2Ku

29 Oktober 2011

Boring Boring Boring ~Kerja Di Pagi Sabtu~

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 29, 2011
Alahai boringnya... pada masa dan ketika ini, aku berada di opisku dan aku keseorangan! Arggghhhh... kenapa lah aku tersadai kat sini pada hari Sabtu yang sepatutnya aku menghabiskan masa dirumah ataupun di shopping2 complex... isk isk...

Semalam aku langsung tak sempat nak update blog aku ni, lagipun tak ada cerita yang menarik pun. Selain dari my good friend, T~Ni yang masih merajuk tu, pagi semalam aku ikut Tuan Khai a.k.a Baim Wong pergi Bukit Aman, ada kerja skit nak settle. Then balik opis semula, wat kerja macam biasa.. petang ingatkan ada latihan zapin, tapi kansel la plak... nak main badminton, takder geng plak.. frust betul. tak tau nak pergi mana sebab dah janji ngan Ainul nak ambik dia dari taska malam skit. Dia suruh aku ambik dia malam sebab dia nak berborak lama2 dengan Eisya katanya.. adoi la anak aku sorang ni... pikir punya pikir aku amik keputusan pergi menghabiskan masa dan duit di Carefour Subang Jaya... okeyla tu.. tak pasal2 duit aku RM232 abis beli barang kat Carefour tu.. beli baju kurung, seluar, blouse ngan barang2 dapur... itu pun nyaris2 lagi aku tergoda nak beli kamera, nasib baik aku mampu lagi menyabarkan dan mengingatkan diri aku bahawa gaji lama lagi nak dapat... haishhhhh! aptb!

Apa lagi nak cerita ek??? ermmm.... ada 45 minutes lagi sebelum aku balik rumah... banyak masa lagi tu... nak buat kerja pun tak boleh, akaun tak boleh buka... tak tau kenapa... nasiblah, makan gaji buta aku hari ni... sekali sekala... ahaks.. nak makan, megi jer yang ada... tak best bila hari2 makan megi.. tapi tadi aku perabihkan kek cokelat yang aku beli semalam.. sib baik aku ada simpan dalam peti ais, bleh gak aku bersarapan kek hari ni.. ngah sedap2 aku suap kek kat mulut, jiran sepagarku Shahazrin datang ambik novel Biarlah YM Berbicara.... hehehe...

Oklah... tu jer la yang aku nak bercerita... kalau ada apa2 aku akan update kemudian yer...

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Alia : semalam (Jumaat), waktu rehat yang lama aku habiskan kat opis jer.. malas nak keluar... lagi pun aku ngan Linie jer tinggal kat opis, kak wani takder... so masa rehat tu aku ambil kesempatan ajar Kopral Adam mengaji Muqaddam... ermmm.. banyak kali dia cakap kat aku yang dia malu, dah tua2 baru nak belajar baca Muqaddam.. aku cakap kat dia, apa yang nak dimalukan... sekurang2nya dia berusaha nak belajar.. kan?

2 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea