Kawan2Ku

01 November 2011

Hari Ini : 01 November 2011

Posted by Dalia Hassan at Selasa, November 01, 2011
Assalamualaikum....

Wah! Kejap je dah masuk bulan November kan.. Di hari pertama dalam bulan baru ni, jom tengok apa aktiviti merapu aku kat opis..

Pagi2 lagi tadi aku dah dapat call bagitau ada mesyuarat kakitangan awam kat dewan. Terlupa yang meeting biasanya dibuat setiap Selasa minggu pertama setiap bulan, aku dan linie antara orang terakhir yang masuk lewat dalam dewan... sebab tu la kena dok belakang ni... meeting start kul 8.30am dan abis dalam kul 10.10am.. Pas abis meeting sempat singgah cafe zamran, sarapan coz perut terasa lapar giler... Aku makan mee goreng, karipap seketul ngan air suam...



Encik Adam yang sedang bertungkus lumus membersihkan opis... (serba salah kami dibuatnya)
Alahai Encik Adam... Dialah sekarang pengganti cleaner yang kontrak dah tamat dua tiga minggu lepas... sejak tu, dialah yang jadi cleaner kat cops tu... tapi apa yang kami perasan, opisku jadi lebih bersih semenjak dia ambil alih tugas pembersihan tanpa bayaran. Rajin Encik Adam ni... Tengok ni sampai tertidur-tidur kepenatan... Batang mop kat sebelah. Muqaddam kat depan.. Biasanya pas mengemop lantai dan menyiapkan kerja2 dia, dia akan belajar mengaji Muqaddam. Walaupun kesedaran tu sampai dah terlewat, Alhamdulillah sekurang-kurangnya dia berusaha juga untuk belajar. Awal2 hari tu dia cakap dia malu dengan kami, tapi aku cakap kat dia, apa nak dimalukan? Kadang2 kalau ada masa aku akan mengajar dia mengaji..... Seronok dapat ajar dia...

Balik dari opis, aku ngan Linie pergi ke IOI Mall Puchong semata2 nak beli Toner Cartridge yang semakin nazak kat opisku.. Ni kali kedua kami terpaksa guna duit sendiri untuk beli toner ni sebab kekurangan bekalan kat stor.. nak buat camana.. nanti claim balik la... huhuhu! Boleh ya boss!

Pas meronda2 dalam IOI Mall Puchong, aku ngan Linie mencekik kat Burger King.. Lapar gler.. Linie pun perasan masa aku ngah drive aku asyik usap perutku yang minta diisi...  heheh..

Kebetulan balik dari IOI Mall, U-turn depan tu konon2 nak singgah Maybank jap... alang2 dah sampai sana, tetiba jer rasa cam nak jumpa Sub Inspector Rosli ni kat Balai Polis Puchong Jaya... tu yang kami menyinggah jap tu.. biasalah, kami ni kan mesra alam... dok berborak ngan S.I ni memang banyak cerita yang keluar. Kalau tak diberhentikan perbualan, memang takkan abis bercerita.. hehehe.. akhirnya kami keluar dari opis dia dalam kul 7.10pm.. maghrib dah pun.... Aku hantar Linie balik, then aku terus pecut balik rumah dalam hujan lebat tu.. nasib baik tak jem... hehehe!


Itu jer la cerita aku untuk hari ni.... ;p

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Alia : Hari ni tetiba jer My good friend, T~Ni datang opis aku (jarang dia datang opis aku... sebulan sekali pon belum tentu)... tapi dia datang kejap jer.. kebetulan masa dia datang, aku ngah berborak dengan sorang mamat ni sambil gelak2... yang mamat tu pulak, sebelum balik dia bleh bagi aku business card dia dan siap pesan kat aku "nanti call tau!" adoi la... dah le kawan kesayangan aku ni kuat jeles... nasib tak baik lah dia ada pulak masa kejadian tu.. bila mamat tu blah jer, dia terus tanya aku, "mamat tu nak apa?!" adoila bang oiiiii... ni kaunter saman trafik la, orang tu datang sebab nak bayar saman.... apalagi???? lagi mau tanya ka? pastu tak abis2 lagi tak puas ati pasal budak yang aku minat tu.. aku pun dah tak tau nak cakap apa... macam orang bercinta plak, jeles tak tentu pasal... tapi yang pasti, aku tak bercinta dengan dia... aku sayang encik asben aku oiiiiiii! hehehe...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea