Kawan2Ku

02 Januari 2012

Gara2 Adam Adli, aku ditempelak!

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Januari 02, 2012
Wah wah wah! tajuk memang tak boleh blah... tapi, inilah realiti, bukan fantasi. Gara-gara aku share satu link kat facebook berkaitan dengan rusuhan kecil di UPSI yang diketuai oleh Adam Adli, aku 'di doa' oleh seorang hamba Allah ni supaya Allah melaknat aku sebab sebarkan fitnah... Aisehhhh... tak tahu plak aku tak bleh nak share link pasal demontrasi kat UPSI tu... sebenarnya aku bukanlah penyokong mana2 parti politik, aku tak berminat pon nak ambik tau. Pada aku, Malaysia dah cukup aman dah... bila ada rusuhan kecil macam ni, aku rasa cam susah hati skit. Tapi tak boleh nak tuding jari salahkan mana2 pihak sebab, pada sebelah pihak mungkin beranggapan perbuatan diorang tu betul, begitu juga dengan pihak yang lagi satu...

Mamat ni kata sebab aku kerja ngan PDRM, semua kesalahan PDRM kita nak support. Ermmm.. aku rasa sebab aku kerja dengan PDRM lah, baru aku nampak warna sebenar depan mata aku sendiri. Kalau dulu aku tak berapa nak nampak, tapi sekarang semuanya jelas depan mata. Kadang2 kita dimaki walaupun bukan salah kita. Tapi nak buat camana kan, kalau kita 'berbalas pantun' dengan orang awam, silap2 esok pagi keluar muka depan akhbar, pihak polis itu ini begitu begini... haissshhhh! malang betul nasib pihak polis ni..

Inilah puncanya... aku share link "Pelajar UPSI Mengaku Adam Adli Dan Geng, Ganas!" Seingat aku, sejak aku berkecimpung dengan dunia facebook beberapa tahun yang lepas, inilah kali pertama aku share link ataupun update status yang berbaur politik. Inilah kali pertama. Aku tak berminat langsung dengan dunia politik, tapi aku juga tak sukakan keganasan, rusuhan, bla bla bla... Lebih2 lagi ianya melibatkan bakal2 guru yang berkemungkinan akan mendidik anak2 aku suatu hari nanti... Aku share link tu juga agar sama2 kita menilai, jangan hanya dengar sebelah pihak jer... terpulanglah pada mereka nak percaya yang mana satu... lagipun pendapat masing2 tak sama, cuma perlu hormat pendapat satu sama lain. Tak guna bergaduh, bertegang urat... kalau sebelah pihak mempertahankan hujahnya, begitu juga dengan sebelah pihak lagi... benda ni sampai bila2 pun takkan selesai.. masing2 ada hak untuk mengundi, gunakan hak anda sebagai pemilih...


Alia : Kepada sesiapa yang berkenaan tu, janganlah sampai minta Allah melaknat aku sebab share link yang dikatakan berita PALSU itu... masalahnya, kita tak tahu sama ada ia benar atau palsu... bagaimana jika kata2 'Cahaya Hidayah' adalah benar??? Adoiyaiiiiii.... :'(

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Rilek laa.. Sesungguhnya Allah tu Maha Mengetahui.. Mcm x rmai pulak yg puak2 belah sane tabur fitnah... Kita pon x tahu siape salah siape yang betul.. Dorng nih terlalu emotional, terlalu taksub... pe2 hal chill je.. dorg bukan Tuhan untuk menghukum.. Allah itu maha Mengetahui..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea