Kawan2Ku

12 Februari 2012

Agensi Mencari Jodoh

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Februari 12, 2012
Agensi Mencari Jodoh? Apa kena mengena dengan aku? hehehe... takder apa2 pon, cuma sekarang ni memang rasa nak bukak agensi cari jodoh dengan rasminya sebab dah banyak kali aku jadi match maker kepada kawan2 aku... sejak aku tingkatan empat lagi aku dah mulakan aktiviti ni bila ada permintaan dari kawan aku yang mahukan aku bantu dia tackle sorang awek ni yang sekampung ngan aku... hahaha! walaupun diorang tak ada jodoh, tapi sekurang2nya diorang dah jadi kawan baik sampai sekarang...

Yang terbaru dan membuatkan aku tersenyum lebar sampai ke sekarang, baru jer aku dapat berita dari seorang rakan aku yang membawa khabar gembira... aku kenal dia masa aku menghadiri satu kursus tahun lepas kat kem PGA Ulu Kinta Perak... Si lelaki bekerja di Kuala Lipis, Si gadis pula bekerja di Terengganu... Mereka berdua ni satu kumpulan dengan aku. Yang bestnya, aku selalu perhatikan si lelaki ni yang selalu mencuri pandang pada si gadis yang sememangnya comel dan cute. Ayu gitu. heheh... So dengan rancangan yang teliti, aku dengan seorang lagi kawanku dari Gombak, Fauziah memulakan rancangan. Nak tunggu diorang mulakan sendiri, macam slow jer... masing2 malu... malu tapi mahu... ahaks! Langkah pertama, teringat lagi masa kami sedang buat latihan untuk persembahan malam, fauziah terus tanya kat Mizie, dia dah ada girlfriend belum? tapi sebelum tu kami dah risik2 dulu kat Ija sama ada dia dah ada bf ke belum tanpa bagitau hasrat sebenar kami... bila dah dapat kepastian yang ija masih solo, langkah kedua untuk merisik status si Mizie pulak... bila dah confirm masing2 single, kami pun apalagi... terus jadi orang tengah untuk satuukan diorang... kan betul firasat aku, rupanya si Mizie memang ada hati kat Ija... hahahah! I like~

Si Ija bila dengar kami cakap ngan Mizie yang kami nak rekemenkan mereka berdua, terus dia lari, kuar dari dewan. Dia tak sangka agaknya yang kami boleh buat macam tu... heheheh.... malu la tu... yang bestnya, banyak cerita kelaka yang terjadi selepas tu... rupanya si mizie ni kuat merajuk... hahaha! sian Ija, selalu kena pujuk Mizie... dan biasanya, akulah yang akan jadi orang tengah... Sampai sekarang, kalau diorang bergaduh atau apa2, mesti masing2 akan report kat aku melalui facebook... Walaupun perkenalan singkat kami ketika kursus, iaitu selama hanya 4 hari, tapi ikatan yang terjalin tu bagaikan sudah lama... sangat erat. Sesungguhnya aku rindu mereka berdua tu... adik-adikku... ;)


Akhirnya, diorang nampaknya akan berganjak ke satu peringkat lagi... mudah-mudahan mereka bersatu, bahagia hingga selama-lamanya.... Amin.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea