Kawan2Ku

25 Februari 2012

Mesyuarat Agung PERKEP

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Februari 25, 2012
Assalamualaikum wbt...

Hari yang sangat penat. Pagi tadi ada Mesyuarat Agung PERKEP IPD Subang Jaya, pas mesyuarat abes dalam kul 12 lebih, kitorang terus ke GM Klang jalan2 cari makan... Dan sekarang, aku dalam kereta on the way balik Segamat.... Nasib baik ada encik asben yang boleh drive, dapatlah aku dok sebelah ni untuk update blog aku yang tak seberapa ni.

Berbalik pada mesyuarat PERKEP tadi, untuk pengetahuan korang, PERKEP tu adalh singkatan bagi ' PERSATUAN KELUARGA POLIS'.  Kesemua isteri pegawai2 kanan dan juga anggota polis, kakitangan awam wanita yang berkhidmat dalam PDRM adalah ahli PERKEP, sama ada aktif atau tidak.




Seperti biasa, tujuan utama mesyuarat agung tahunan adalah untuk melantik ahli jawatankuasa baru... Cuma yang merunsingkan aku adalah, aku tersenarai dalam tampuk tertinggi AJK PERKEP sesi 2012/2013.... uwaaaaaa sampai hati diorang calonkan aku... Camana aku nak sambung belajar nanti... Confirm busy punya.... Isk isk isk... Tak pernah terlintas pun kat fikiran.. Alasan diorang yang calonkan aku untuk jawatan bendahari ni adalah sebab aku budak kewangan... Dan kak wani pulak penolong bendahari.... Huhuhu... sedey.. Apa-apa pun nama aku dah naik, nak tak nak terpaksa jugak terima dan jalankan tanggungjawab ngan ikhlas... Harap aku mampu buat sehabis baik... AMIN...

2 comments:

Shahazrin berkata...

tahniah...

Dalia berkata...

thanks azreen... tp akak sebenarnya tak harap pun jawatan tu... bz la dgn mcm2 aktiviti.. minggu ni, hari ni je la (sabtu) akak free, klu tak sibuk memanjang... esok (Ahad) pon ada aktiviti kat Bukit Jalil... tension!!!! camana nak sambung belaar ni????? huhu!

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea