Kawan2Ku

08 Februari 2012

Opsss Sorry Encik Polis! Tertekan Butang HELP....

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Februari 08, 2012
Tadi masa aku ngah layan perasaan dengan Mr.G kesayangan aku tu, tiba2 je aku tergerak hati nak tengok ainul buat apa ngan galaxy tab aku... katanya tengah main game, tapi hati aku rasa macam tak best... bila aku amik dari tangan dia, pelik gak aku bila tengok ada satu nombor ni banyak kali call aku... then tak lama pastu, aku dapat satu sms..

"tolong jwb tlpone, polis d bwh rumah, polis pronda ni kat bwh rumah"

terkejut gak aku bila baca sms tu, terus aku call no tu... rupanya anak bertuah aku tu, ainul dah tekan butang HELP kat MyDistress yang aku download kat tab aku... adoi la... bila aku turun bawah, 3 biji MPV polis dah tunggu kat bawah... nak cakap apa, sengih jer la... hehehe... nasib baik diorang faham bila aku kata anak aku yang main, aku tak perasan pon... mesti anak aku ingatkan tu game, pastu main tekan jer... tak pasal2 kecoh satu taman aku tu... huhuhu!



Takper, yang penting aku dapat dua pengalaman baru hari ni... "KENANGAN TERINDAH" dalam hidup aku... dan sekurang2nya aku tau sistem MyDistress PDRM tu memang berkesan... hahahaha! sorry ye menyusahkan encik2 polis semua (ketawa dalam luka)

Untuk rujukan korang tentang MyDistress ni, boleh la jenguk website ni  MyDistress Call

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea