Kawan2Ku

08 Februari 2012

Sekali Terguris, Selamanya Terhiris....

Posted by Dalia Hassan at Rabu, Februari 08, 2012
Sekarang jam 6:36pm aku masih lagi berada kat opis seorang diri... bukan menyiapkan kerja, tapi sedang menahan rasa di dada akibat kena marah ngan boss tadi... Aku yakin mesti ramai kawan2 aku kat tingkat 8 tu pun terkejut bila insp Rahman tiba2 mengamuk marahkan aku masa aku nak minta tandatangan dia tadi... Dia marah aku sebab tak jawab soalan dia, sedangkan aku tak tahu jawapan apa nak bagi kat dia...

Serius tadi, aku memang dah nak menangis... Dengan masalah aku yang belum settle lagi, dengan segala rasa yang aku simpan dalam, dengan senggugut lagi... dengan mood yang bercampur baur tak menentu, tetiba je kena marah dengan dia. Sedih sangat. Satu opis tingkat 8 tu dengar dia tengking aku sampai semua orang terdiam. Aku rasa kesalahan aku tak ada la besar sangat, cuma tak bagi dia jawapan yang tepat... Tapi, bila dia dah tengking2 aku, terpaksa lah aku jawab juga walaupun tak tahu samaada jawapan aku bagi tu betul ke tidak. Pastu bila dia tengok aku macam nak nangis, pandai pulak tu cakap "alaaa... janganlah sedih sangat"... yang buat aku lebih sakit hati tu, pas dia cakap ayat tu, boleh pulak dia gelak dan usik2 aku... sakit hati aku... dah la marah2 aku sesuka hati, memalukan aku... dia ingat aku ni tak ada perasaan, tak ada maruah?

Entahlah. Masa aku nak balik tadi, masa tunggu lif pun dia ada gak menyibuk kat depan pintu tu.. dia sempat pesan kat aku, esok datang awal skit jumpa dia, kalau terlambat takper, dia bleh tunggu... yang penting sms dia dulu kalau lambat... ermmm... nak amik hati aku la tu agaknya pas puas marah2 aku...aku ngah berkira-kira ni esok tak nak jumpa dia, baik aku mintak sign pak engku jer... harap2 esok pak engku dah balik la dari cuti.... serius... sekali aku terguris, selamanya akan terhiris (ayat tak boleh blah! hahaha)

Gara2 dia, hari ni aku dah membazir banyak air mata... lepas punch card, balik cops terus wat entah apa2 keje sementara nak tunggu kak wani kuar dari opis.. nak balik rumah tak bleh, emosi terganggu... tak berani nak drive.. tadi bila kak wani kuar je dari opis balik rumah, aku terus menangis... haihhhhhh.... lega segala beban bila dapat menangis.... Yang bestnya, Sarjan Musa sebelum dia balik sempat singgah kat cops, semata2 nak jumpa aku... dia pesan kat aku, janganlah terkejut sangat pasal tuan rahman tu... tuan tu memang perangai macam tu... moody.... tapi dia ok... ermmm... aku senyum jer kat sarjan musa, tak cakap apa2 (sebab masa tu aku tak boleh nak cakap apa2, sbb ngah tahan nangis)...

Erm.. boleh tak kalau esok aku malas nak datang kerja... jiwa aku dah tak ada kat sana... rasa macam nak mintak transfer jer... agak2 kalau tukar ke Bukit Aman, bleh dapat cepat tak? huhuhuhu...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea