Kawan2Ku

23 Mac 2012

Tamparan Bola Tampar (Part Two)

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Mac 23, 2012
Rentetan dari peristiwa semalam...

Hari ni seawal pagi lagi, seperti yang dijanjikan semalam aku naik ofis tingkat 8 untuk jumpa dengan Tuan Khai a.k.a Baim Wong... Semuanya sebab bola tampar. Hasil dari perbincangan aku dan dia, akhirnya dia lepaskan jugak aku untuk join team Ipd Subang Jaya... Ya Allah sukanya aku tak terkata... Terima kasih tuan... tuan memang baik hati... *Wink*Wink* Tapi dia lepaskan aku dengan bersyarat.... Syaratnya, pagi aku kena kerja, petang baru aku turun untuk latihan... Aku tak kisah, yang penting aku dapat join team tu... Dan pagi tadi terpaksalah aku masuk ofis... Walaupun aku kat ofis, tapi hati aku dah ada kat tengah2 gelanggang bola tampar, memang tak jadi kerja la aku kat ofis tu tadi... Dengar lagu, nyanyi2, usik2 member lain, main game... kerja aku memang aku tak buat la kecuali tadi aku menghabiskan masa aku dengan print dan semak audit roll.... Camana nak buat kerja, fikiran aku tak fokus... tapi ikutkan jugak la arahan bos, turun training waktu petang... tak kisahlah kan.... heheheh!

Dalam pada gembira tu, tetiba aku dapat satu lagi berita gembira... ni kira double happiness la nih... aku diberitahu bahawa Hari Polis ke 205 Ahad ni nanti, aku akan terima sijil penghargaan dari KPD Subang Jaya. Syukur Alhamdulillah. Harap mana2 kawan aku yang lebih senior dari aku tak kecil hati sebab aku dah dapat dulu dari diorang... Ya! Inilah hasil segala penat lelah selalu bergaduh dengan bos, dapat jugak la sijil penghargaan. So korang, agak2 kalau nak cepat dapat, selalulah bergaduh dengan bos korang yer... Mana tahu rezeki..... hahahahaha!

Dan pada sebelah malam pulak, sekali lagi aku hampir gaduh dengan bos aku, Tuan Khai... tetiba dalam kul 9.40pm dia call aku, marah2 pasal komen faizah kat status aku.. Aikkk? Faizah yang komen, aku pulak yang kena... Si faizah ni pun satu, ada ke patut dia komen, suruh aku lawan cakap bos... hahahahah! patut la tuan khai mengamuk... tak pasal2 aku kena terangkan kat dia.... kena soal siasat... Adeh... panjang lebar jugaklah tadi aku kena bebel ngan dia dalam tepon... tapi yang aku tak tahan, dia boleh gelakkan aku pasal aku ada share satu link ni... "Dear Boss.. I quit!" hahahahaha! Ni masa tahap kemarahan aku berada di tahap maksimum... pastu bila dah reda, aku blehh komen, "tak jadilah nak quit".. tu yang dia bantai gelakkan aku dalam tepon... hampagas betul bos aku ni....


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea