Kawan2Ku

15 April 2012

Suami Boroi Tanda Bahagia?

Posted by Dalia Hassan at Ahad, April 15, 2012
 Sharing Is Caring......

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya.. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku (majoriti). Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yg hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yg teratur, tambahan pula apabila mendapat isteri yg pandai dan gemar memasak.

Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yg akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.. Berbanding wanita. Wanita yg hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.

Mereka akan mula tertarik dengan peralatan dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya dgn selera, isteri akan merasa cukup puas hati.

Itu Hakikat.
Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yg dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yg dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama utk pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yg bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yg boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yg slim dan masih tampan.

Berbanding kadar penceraian yg melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang? Namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yg mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yg sebegini.

Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada diantara mereka yg mempunyai perut yg seolah-olah mahu meletup.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yg cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yg bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali ini tidak adil, namun itulah hakikat yg harus diterima.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yg berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yg digelar pinggang kerengga, buah dada yg munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yg padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air …. isteri yg mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yg berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.

Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yg lama buat seseorang lelaki yg pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yg telah bercerai, mereka yg telah lama menduda ataupun mereka yg sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan. Berlainan dengan wanita. Wanita yg sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yg lebih lembut dan punya mood yg lebih baik.

Kulit isteri yg lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yg mengandungi banyak protein dan khasiat ya terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yg dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri.. Oleh itu wanita yg telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yg lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yg terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.

Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yg akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Jadi kesimpulannya, suami yg berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yg telah anda baca. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yg dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yg sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga..
:

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea