Kawan2Ku

26 Jun 2012

Oh Astro!

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Jun 26, 2012
Apa cerita astro? Ni ha.. nak cerita skit.. aku ni memang liat skit nak bayar bil astro.. kalau ada program menarik, baru la aku sibuk pergi bayar.. kalau tak, memang haram la aku nak bayar.. kadang2 tu sampai berbulan2. Bukan apa, aku punya rancangan tv kat rumah tu pun aku tak terlayan, apatah lagi nak layan astro.. Unifi ni pun macam2 cerita ada sebab aku subscribe banyak channel dia. Sampai lah satu hari tu Astro hantar kad, seakan poskad untuk mengajak aku pulang ke pangkal jalan.. (untuk aku sambung balik la astro)

Ni ha kadnya... cantik jugak kan.. gambar artis2 astro... menarik tertarik da bomb jugakla... so aku pun try la call semula nombor telefon yang dia bagi kat belakang kad tu, untuk penyambungan semula... sekurang2nya bleh jugak aku layan Karoot Komedia X nanti... ngeeeeeeee!


Sehari semalam jugaklah aku try call astro ni... tapi tak dapat jer memanjang.. penat aku cuba.. rasa cam pelik, aku try google cari nombor telefon astro... lorrrrrr... rupanya nombor astro yang sebenar 1-300-82-3838, bukannya 1-800-82-3838 seperti yang tertera kat poskad tu...

Alahai Encik Astro, benda kecik camni pon bleh silap ker? patutlah dulu aku selalu kena double caj kat bil.. bila call tanya kenapa, katanya kesilapan teknikal.. aduhai... memang selalu kut berlaku kesilapan teknikal kat Astro? Ermmm.. Apa2 lah!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea