Kawan2Ku

16 Jun 2012

Program Joy Ride (Berbasikal)

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Jun 16, 2012
Assalamualaikum wbt...

Wah, menarik benar program yang aku pergi hari ni. Berbasikal anjuran PERKEP Kontinjen Selangor.. Lama betul tak berbasikal.. Cuak jugalah awal2 tu tadi mana tau skill masa zaman sekolah dulu dah hilang.. Hehehe..
 
Tapi pagi yang kurasakan sangat nyaman bertukar menjadi panas bila aku tersesat jalan dan tersilap tempat. Mak aih. Aku sampai ke Puncak Alam untuk mencari lokasi Bukit Cerakah yang aku memang tak pernah pergi sebelum ni.. Rupanya tempat yang aku tuju tu adalah kampung Bukit Cerakah dan FELDA Bukit Cerakah, bukan Bukit Cerakah yang sepatutnya aku tuju.. Rupanya Puan Meyra pun sama macam aku, tersalah lokasi. Lokasi yang sebenar adalah di Taman Pertanian Bukit Cerakah yang terletak tidak jauh dari IPK Selangor.. APTB! Masa aku dan Puan Meyra sampai di lokasi sebenar, mereka sedang mengadakan senamrobik sebelum acara bermula.. Dari jauh aku dah nampak kelibat seseorang... Seseorang yang aku kenal dari zaman sekolah, schoolmate aku, ketua pengawas aku.. Juga orang kampung aku.. Setahu aku dia berpangkat Inspektor di IPK Sel.. Tapi macam sebelum2 ni, aku buat2 tak kenal je bila terserempak dengan dia.. Harap2 dia memang tak cam aku walaupun aku rasa mustahil la kalau dia tak kenal aku.. Hahaa!



Inilah basikal yang aku tunggang... memang tunggang langgang jadinya.. hahahah!

Puan Juliana dan Puan Meyra

 Ok. Nak cerita sikit pengalaman berbasikal aku ni.. Ya ampun. Jalan berbukit bukau.. Turun bukit, syok la tapi tang naik bukit tu, nak pengsan je rasa.. Tapi aku berjaya habiskan kayuhan 10km di tempat ke 22.. Ok la kan? Daripada berpuluh2 peserta tu, aku yg ke 22, puan Juliana di tempat ke 25, puan meyra di tempat ke 6.. Yang best, peserta dari tempat pertama hingga 25, muzik yang diperdengarkan adalah paluan kompang.. Manakala tempat ke 26 dan seterusnya muzik yang dimainkan berbunyi agak sedih skit.. Heheehe..

Heheheh.. Bos yang jadik driver.. Ko ada? ;p

angka 66 yang membawa tuah.. (walaupun tempat ke-7)
 Dan sekarang, serasa urat2 kaki semakin menegang.. Adoi la.. Sakit badan2 dan kakiku ini.. Sapa nak tolong urut ni? Huhuhu!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Shahazrin berkata...

yang bos tu best,,,,

Dalia berkata...

Memang best pon... Kihkihkih...ng

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea