Kawan2Ku

10 Julai 2012

Check Up Kali Pertama

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Julai 10, 2012
Assalamualaikum wbt.....

Pagi tadi, habis je meeting aku terus minta kat bos untuk keluar sekejap dalam dua jam.. kalau ikutkan hati, malas nak bagitahu lagipun bukannya ofis bos kat tempat aku... ofis dia nun di tingkat 8.. ofis aku kat bawah jer... so kalau aku keluar tanpa bagitahu dia pun, bukannya dia tahu... tapi memandangkan aku ni seorang pekerja yang beretika, aku sms la bagitahu dia... sekurang2nya kalau dia turun bawah tengok aku tak ada, takder lah dia nak bising...

So aku pun menuju ke Klinik Azlina dan Syarifah yang bertempat di Subang Perdana untuk mengintai khabar baby yang dalam perut ni.... Dan perkara paling penting yang membuatkan aku datang jugak jumpa doktor hari ni adalah kerana aku nak sangat tahu dan nak minta pendapat doktor, agak2 waktu kandungan aku yang baru masuk 4 minggu ni, aku boleh ke tidak menembak... MENEMBAK? Ya! betullah tu.. menembak.. sebab Khamis depan 19/7 aku ada pertandingan menembak di Briged Tengah PGA, Cheras dan aku nak sangat2 masuk sebab dah lama aku tak menembak.... dan yang melegakan hati aku, doktor kata kalau nak menembak tak ada masalah sebab menembak hanya menggunakan tangan dan bahu, dan ianya tak sampai ke perut... Alhamdulillah... tak ada la aku kempunan nak menembak nanti... hahahhaah!

Dan bila Dr. Azlina check dan buat scan kat perut aku yang diselaputi lemak yang maha tebal ni, sekali lagi aku lega sebab ianya sempurna di dalam rahim. Aku risau jugak kalau2 terbabas ke luar rahim ke... tapi syukurlah...

Ni la hasil dari ultrasound tadi...

Baru 4 minngu... tak berapa nampak sangat...
 Alia : Jangan lupa next appointment dengan doktor pada 24 Julai nanti.... heheheheheh!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea