Kawan2Ku

02 Julai 2012

Final Euro 2012

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Julai 02, 2012
Aku bukanlah peminat bola sepak. Tapi kadang2 aku layanlah jugak tapi kebiasaanya aku akan tengok perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia jer... Tapi awal pagi tadi, aku terpaksa melayan juga final euro ni sebab mata aku tak boleh lelap... daripada aku berjam2 guling2 atas katil, baik aku habiskan masa dengan tonton bola. Oklah tu... sekurang-kurangnya aku tahu jugalah sikit-sikit pasal bola kalau diorang dok bercerita kat opis nanti...

Asalnya dalam pukul 11 lebih, aku dah tertidur denga lenanya... maklumlah siang kepenatan coz jalan-jalan kat Bukit Cherakah. Petang pulak kak long aku dan family dia datang rumah aku... lepak sampai malam.. tu yang aku agak kepenatan skit.. Dalam pada lena diulit intan, My Good Friend, T~Ni boleh pulak whatsapp aku dalam kul 1 pagi.. adoi la... tension aku sebab aku ni kalau dah terjaga tengah2 malam, memang susah nak tido semula.. kawan aku ni plak, takder waktu lain agaknya dia nak whatsapp aku... letih la weh...

Dalam pada terkebil2 biji mata aku cuba nak melelapkan mata, aku pun ambik keputusan utuk saksikan final euro tu... sorang2... encik asben dan ainul awal2 lagi dah selamat tido... dia bukanlah kaki bola.. Takper la.. bleh jugak aku sokong Itali. Goal keeper dia pon boleh tahan jugak kehensemannya...

Aisehhhhh... Itali tewas 0-4 tu di tangan Spain... Tapi Spain memang hebat... ermmm.. takperlah Itali.. dapat masuk final tu pon dah bagus dah bagi Itali.. Next time boleh cuba lagi...


Dan hari ni aku sakit kepala yang teramat sangat kat opis sebab tak cukup tidur... hambekkkkk!

2 comments:

Shahazrin berkata...

padahnya... trkulat2 kat opis hahahah

Dalia berkata...

Tau takpe... Huhu!

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea