Kawan2Ku

13 Julai 2012

Takder Tajuk

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Julai 13, 2012
Assalamualaikum wbt....

Tak ada apa pun nak cerita, cuma ada beberapa perkara yang sedikit menarik dan lucu dalam beberapa hari ni... Diawal kehamilan ni, aku dah mula terasa sedikit alahan dan loya2 serta pening kepala... walaupun tak ketara sangat, tapi ianya cukup tidak selesa... Kebetulan depan opis tempat kerja aku, terdapat pembinaan stesen LRT dan ianya memang betul2 mengganggu hidup aku. Gegaran dan bunyi bising tak pernah reda. Ada sekali, aku lari ke pejabat tingkat 8 yang berada jauh sedikit kat belakang IPD dan Zzzzzzzzz... Aman dan tenteram. Hanya Azie seorang yang perasan masa aku menyelinap masuk kat dalam bilik kecil kat pejabat tu.. Bilik tu memang tempat diorang lepak dan rehat.

Ada sekali tu pulak, sedang aku berborak dengan Linie, tetiba aku terasa nak termuntah. Tapi cuma sampai kat separuh tekak jer, tak terkeluar dari mulut. Ya Allah pahitnya... Aku terus senyap. Tak bagitahu Linie, takut dia geli dengar aku cerita.. haishhhhh! harap2 tak teruk la mengandung kali ni...

Dalam pada tak sedap badan, sempat jugaklah aku pergi lari ke Mydin USJ 1 jap untuk beli kek di Secret Recipe, KFC dan minuman untuk hari jadi Linie dan Faizah. Walaupun sedikit terlewat, tapi Alhamdulillah sempat jugak sambut untuk diorang walaupun secara ala kadar jer...

Kek Choclate Indulgence dari Secret Recipe

Birthday Girls
Asalnya aku dah janji dengan CSS (Cik Syuhada Senget) nak pergi makan kat Klasik Nasi Ayam tengahari ni.. tapi oleh sebab cuma hari ni jer masa yang sesuai untuk sambut birthday diorang, so aku tukar plan. Makan nasi ayam kami masukkan ke jadual keesokannya.

Esoknya, pagi2 lagi kami pergi sarapan kat kantin. Erm. terserempak plak dengan My Good Friend, T~Ni.. Aku pandang dia, dan dia hanya jeling kat aku. Marah kat aku lah tu... Lantaklah. Malas dah aku nak ikut rentak dia. Pastu depan kawan2 aku, dia saja nak sakitkan hati aku... nasib baik NCC dan CSS dah tahu pasal good friend aku ni... diorang pun dah faham dah dengan perangai My Good Friend tu... APTB!

Tengahari, kami sambung plan semalam iaitu nak pergi makan nasi ayam klasik kat USJ 1.. Oleh sebab CSS parking kereta kat belakang, so terpaksalah kami (aku, NCC, CSS dan Linda) menapak ke belakang dan melalui tepi kantin. Naik jer kereta, aku terima satu call dari My Encik Boss, Baim Wong Celup (sebenarnya masa lalu tepi kantin tadi, memang aku nampak dia ada kat kantin tu... tapi aku buat2 tak nampak sebab ramai orang...)

BWC : Ada mana?

Aku : Dalam kereta, tuan... kenapa?

BWC : Nak pergi mana?

Aku: Nak pergi makan...

BWC: Makan kat mana?

Aku : Nasi ayam....

BWC : Bukan nak ajak saya.... (nada merajuk)

Aku: Alaaaa... napa tuan tak cakap awal2, kalau tak boleh jer join kitorang....

BWC: Erm. kalau saya nak join pun, bukan muat pun kereta.... penuh dah saya tengok...

Aku: Laaaaa... Antara saya dengan linie ni, kosong je tuan... kalau tuan nak ikut tadi, boleh je dok menyelit  kat tengah2 ni... (hahhaha!)

BWC: ishhhh! Janganlah macam tu... Ni yang buat saya terasa macam diawang2an ni.... hahahah!

* kawan2... itu cuma sebahagian je daripada yang kami bualkan... sebenarnya banyak lagi isi2 penting, tapi tak dapat disiarkan disini atas sebab2 keselamatan. Dan kalau kawan2 nak tahu, ni lah perangai bos saya kalau mood dia ok... Suka melawak dan buat lawak sampai tak kering gusi dibuatnya.... tapi kalau mood dia tak baik, sorrylah.. pandang muka dia pun aku takut... fobia sangat... serik rasanya kena marah dengan dia... macam isnin aritu, pagi tu aku terpaksa jumpa dia sebab dah terdesak sangat nak kena mintak sign dia... budak2 opis tingkat 8 tu pulak kata mood dia tak baik... memang nak menangis je rasanya....lama aku dok kat tempat kak azie sebelum masuk pergi jumpa dia.. mencari kekuatan. bila jumpa dia, aku langsung tak tengok nset yang aku pegang kat tangan... jantung berdebar2... takut sangat... rasa macam nak lari je keluar dari bilik dia... keluar je dari bilik dia, aku tarik nafas lega sebab tak kena marah... tapi yang hampehnya, elok je aku keluar dari bilik dia, dia pun keluar sama... adoi la... dia pun nak turun bawah jugak... satu lift la jawabnya... tapi masa tunggu lift sampai, dia dah tunjuk perangai biasa dia... legaaaaa... dia bleh gurau2 lagi... berbeza dengan kat dalam bilik tadi. Bila dah boleh gurau, aku tahu aku dah boleh borak n gurau macam biasa dah dengan dia... macam dengan kawan2, bukan macam dengan boss... elok je lift terbukak, My Good Friend, T~Ni ada kat dalam tu... BWC tersenyum2 pandang aku sebab dia tahu tu good friend aku... pastu T~Ni bleh amik nset kat tangan aku n belek2 isinya... hampeh tul lah kawan aku nan seorang ni... kut ya pon janganlah buat depan bos aku... bos aku pun tak penah tgk nset aku tau! sengal!

Pagi Jumaat, dalam lebih kurang jam 10am, BWC panggil aku dan NCC naik ke pejabat dia. Masa dia call aku tu, dia takut2kan aku kata KBKA ada komplen pasal kitorang... erm. berdebar2 jugak... Lama jugak berborak dalam bilik dia, rupanya dia nak bagi kami Tshirt... souvenir dari Bandung... yang aku tahu, cuma aku dan linie je yang dapat... sebab budak2 lain tu tak tahu pun tuan pergi sana... heheheh... then tuan bagi RM50 kat aku, sebab aku tolong dia suami isteri buat sesuatu beberapa hari sebelum diorang terbang... sebenarnya masa dia panggil kami ke bilik dia, aku dah agak dah sebab apa... sebabnya, sehari sebelum tu, Puan Nora Zura, isteri boss dah sms aku... dia kata dia ada belikan aku ngan Linie t-shirt Bandung, so nanti dia akan kirim kat tuan... hahahaha!*

Inilah t-shirtnya....


Terima kasih tuan.. puan... kalau pergi honeymoon lagi, jangan lupa kat kami lagi ya! ahaks!

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

same ngn t-shirt i...hee

Dalia berkata...

Heheheh... I pun ada jugak... Tapi xpe, tambah koleksi... Hehehhehe

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea