Kawan2Ku

17 Ogos 2012

Seronoknya Kerja...

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 17, 2012
Assalamualaikum wbt....

Dikala ramai rakan sekerjaku mula bercuti hari ni, aku masih bekerja seperti biasa... pada awalnya memang terasa bosan dan rasa macam nak balik jer... mujurlah ada CSS dan Jijah Faizah yang sama seperti aku... kena kerja... tapi tak apalah... yang penting lepas raya nanti aku dapat cuti lama sikit... ngeeeeeeeeeee!

Dalam kul 10am, kawanku Gan Yee Chong datang ke opisku semata-mata hantar kuih raya... wah syoknya dapat almond london dan tart nenas color hijau... cantik menarik tertarik memang da boom! xiexie ni pengyou...

Lebih syok, banyak jugak aku dapat collect duit raya dari pakcik2 dan abang2 polis yang bermurah hati bagi kami duit raya... teringat zaman kanak-kanak... seronok sangat bila dapat duit raya walaupun pada zaman kanak-kanak aku dulu tak adalah semewah kanak-kanak sekarang... masa dulu, tak kisah pun sikit atau banyak, janji dapat... itulah keseronokan yang tak dapat dilupakan...

Paling best, My Good Friend T~Ni bagi aku duit raya, sama macam tahun lepas... cuma tahun ni dapat lebih sikit, sebab dia bagi 2 angpow sekali... satu untuk aku dan satu lagi untuk ainul... yeayyyyyyy! Ainul jangan marah ya... uncle bagi mama duit raya lagi banyak dari Ainul... (untuk pengetahuan korang, anak aku si Ainul Mardhiah ni memang rapat dengan My Good Friend, T~Ni ni... pernah mak ngan abah aku tanya ainul, "Anak siapaaaaaa la ni?" ... ainul dengan selambanya jawab "Anak uncle......".. huh! mentang2 lah uncle selalu kata dia tu anak uncle... terus jer nak kata dia anak uncle... sabar je la aku...)

Owh! tak lupa nak cerita aku dapat special duit raya dari encik boss, Baim Wong celup... aku ingat semua orang dapat sama macam aku dapat, sebab aku tahu diorang pun dapat... sekali masa borak2 ngan Azie dan Faizah, rupanya aku sorang jer yang dapat lebih... dapat double dari mereka2 yang lain.... I like~ erm.. tak sia2 kan selalu gaduh dengan bos... hahaha! {tapi aku rasa orang Taiping ni memang suka gaduh ngan aku kot? sama macam asben Ninie Celup Celup (NCC) si Ady yang sengal tu.. tak paham betul aku.. selalu carik gaduh ngan aku... geram tul.. sama je macam bos aku tu... sesuai la tu... dua-dua teman sekampung.. satu taman pulak tu...huh!}

Ok la... tu jer nak cerita tentang hari ni... Nak sambung kemas rumah pulak... Jom tolong! huhuhu....

Daaaaaaaaaaaaa!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea