Kawan2Ku

07 September 2012

Kisah Pagi Jumaat

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, September 07, 2012
Assalamualaikum wbt....

Jumaat. Penghulu segala hari. Tapi aku tak tahulah entah kenapa pagi ni aku terlebih 'touching' pulak... Macam biasa, setiap pagi Jumaat akan diadakan bacaan Yasin di surau IPD... ketika bacaan tahlil dan doa yang dibacakan oleh Ustaz Azhar dari Cawangan BAKA, tiba-tiba aku seakan mendengar nama aku disebut.. Ya  Allah... aku rasa sedih sangat... sedih bila tiba2 aku membayangkan bahawa bacaan tahlil itu dibacakan untuk aku... puas aku tahan air mata aku supaya jangan mengalir, tapi ianya bocor juga... dan sehingga ke akhirnya aku menangis dalam surau tu... Malunya tak usah nak cakap... tapi nak buat macamana, ianya lahir dari hati aku dan tak boleh nak tahan2. Dalam pada tertahan2 tu la semua orang perasan yang aku menangis... nasib baik pagi tadi tak ramai di surau... Kak Wani, Ustazah, CC Su, Suriati, Zue dan yang lain2 tu semua fikir aku menangis sebab teringat kat insan2 yang dah pergi dulu dari aku...

Suriati sempat pesan kat aku...

"ko janganlah sedih... aku pun kalau teringat kat arwah bapak aku, sedih jugak..." 

kak wani pulak cakap....

 "kenapa ko nangis?? ko janganlah nangis, aku tak boleh tengok orang menangis... nanti aku nak menangis jugak..."

Faizol pun datang kat tempat aku, tanya kenapa aku menangis... tapi satu pun aku tak jawab sebab masa tu aku sedih sangat... Bagaimana agaknya kalau tiba2 Allah ambik nyawa aku dalam masa terdekat ni? Amalan aku tak cukup lagi.... banyak yang tercicir... Solat pun sehari belum tentu penuh aku buat 5 waktu... Macamana anak aku nanti kalau aku dah tak ada? Dapat mama barukah dia? Ya Allah macam2 yang aku fikirkan...

Cuma sekarang ni, bila difikirkan semula, tiba2 aku rasa MALU sebab termenangis kat depan orang tadi.... Alamak! mana aku nak sorok muka ni? Tulunnnnnnnnn!

**************************************************

Alia : tadi dari pukul 10 lebih sampai kul 1pm aku dok ber whatsapp dengan BWC... Walaupun aku dengan dia selalu berbeza pendapat, selalu bergaduh sampai aku tension tahap gaban, tapi biasanya kalau aku ada masalah mesti dia cuba untuk buat lawak, walaupun lawak yang entah apa2... tapi tadi memang dia buat aku gelak giler punya... hilang skit rasa sedih yang melanda diri... aku tak bagitahu sesapa pun yang aku tengah ber whatsapp dengan BWC... bukan apa, aku taknak diorang tu salah faham.... Kadang2 tu apa yang kita lakukan dan fikirkan tak sama dengan orang lain yang melihat... so aku ambil keputusan untuk senyap jer... Kelakar, sebab masa tengah ber whatsapp dengan dia, dia tengah keluar minum dengan pegawai2 lain termasuk tuan KPD.... Sampai apa yang dia makan pun dia bagitahu aku... Sedap katanya puri tu... bila aku tanya puri tu macam mana, dia jawab adik beradik dengan cakoi... pastu aku cakap, tak tahu pulak cakoi ada adik beradik... dia jawab, ada... lebih kurang macam hang dengan faizah.. aikkkk? aku dengan faizah pun masuk dalam cerita cakoi dan puri ni... erm... apa2 lah tuan... 

Dalam kul 12 lebih, aku nampak dia berjalan menuju ke opis aku... tapi oleh sebab aku dah tak tertahan nak ke tandas, so aku keluar la sebelum sempat dia sampai opis... kuar dari tandas, aku terserempak dengan dia.. dia cakap, ada belikan capati, dah letak kat opis... aku pun dengan berkobar2 masuk opis tanya diorang mana capati yang tuan bagi? rupanya dia letak kat atas meja aku... Adoi la... aku ingatkan dia beli banyak, untuk budak2 opisku yang lain... rupanya dia beli sekeping jer untuk aku.... serba salah aku nak makan... then aku whatsapp dia, tanya kenapa belikan aku capati? dia kata, untuk baby (dalam perut aku)... ermmmm... apa2 pun, terima kasih ya tuan.... walaupun akulah yang selalu kena marah dengan dia dan satu2nya yang pernah kena maki dengan dia (kenangan yang tak akan dilupakan), tapi dia selalu ambil berat akan anak buah dia nan seorang ni yang memang dah berat.... *wink*

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea