Kawan2Ku

28 September 2012

'Traffic Gathering'

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, September 28, 2012
Assalamualaikum wbt...

Siang tadi berlangsung majlis makan2 anjuran cawangan trafik di tingkat 9, berek polis USJ... buat kecil2an ajer sempena meraikan mereka2 yang baru naik ke jawatan kopral... Tahniah kepada 10 orang sahabat2 trafik yang telah berjaya naik ke kopral... jemputlah makan apa yang ada yer...

ha! dua bekas puding kastard + cocktail tu hasil kerja tangan aku okeh... antara yang terlaris di pasaran dan menjadi kesukaan pak engku @ KBKA kami...

ohh! sorry... i tak dapat join uols masak memasak ni... i tak tahan bau okeh.. kan i mengandung.... (bercakap dalam nada gediks tak hengat)

Antara menu yang disediakan (Part 1)
 
Antara menu yang disediakan (Part 2)


Pas makan2... kenyang... tetamu pun dah balik... kami dok layan bajet 2013 pulak.. tengoklah abang2 inspektor ni, khusyuk menonton tv... mengharapkan sesuatu...
.
Antara menu utama yang kami sediakan ketika trafik gathering ni adalah :
(wah macam nak iklankan katering plak)

Nasi Tomato Kak Sariha dan Tuan Rahman
Nasi Dagang Kopral Din
Laksa Azie
Mee Bandung Azie
Lemang + Rendang Mail Komando
Kek Kukus Kopral Adam
Pudingku
Dadih Linie
Kuih Raya Campuran
Kuih Muih Tradisional
Pelbagai jenis nugget dan hotdog
Buah-buahan


Aku sempat tapau lagi bawak balik laksa dan mee bandung... nasi tomato pon aku tapau jugak... sedap hingga menjilat jari.... yummmyyyyyyy!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea