Kawan2Ku

15 Oktober 2012

Lawatan Kebajikan ke HUSM Kubang Kerian

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Oktober 15, 2012

Assalamualaikum wbt...

Pada 13-14 Nov aku telah ke Kelantan bagi membuat lawatan kebajikan ke HUSM Kubang Kerian, melawat bosku, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) daerah yang telah dimasukkan ke wad akibat dari kencing manis.. Aku bersama Kopral Mat (pemandu), Kopral Halim, Kopral Rusmuna telah diarahkan untuk mewakili pegawai lain untuk membuat lawatan kebajikan keatas bosku.. Aku memang suka travel ni walaupun pinggangku sakit2, terlupa yang aku ni ngah mengandung... hehehe!

Sabtu petang : kami sampai di HUSM Kubang Kerian lebih kurang jam 6.15pm.. Nasib baik.. waktu melawat sampai jam 7 jer...
Sakit2 pun, pak engku masih mampu berborak dengan kami.
 
Jari kaki yang semakin hitam. Keesokannya ketika kami melawat sebelum bertolak balik Subang, jari yang hitam tu dah gugur dengan sendirinya... Pak Engku kata, dia tak rasa apa2 sebab kaki dia memang dah kebas..
 
Ahad : sebelum melawat Pak Engku, kami sempat belikan bunga untuk beliau... Kak Muna posing macam nak makan jer kad tu... ngeeeeeeee!
Tak larat....

Sian tengok bos aku ni... harap dia cepat sembuh dan kembali bertugas seperti sediakala...
Sebelum balik, singgah jap rumah Pak Engku untuk ambil kunci pejabat dia...
Dalam pada nak cepat balik, kami tersadai di Kuala Krai hampir 2 jam sebab kereta pasukan yang kami naik ada masalah teknikal skit... nasib baik ada bengkel yang buka dan tak jauh dari petronas.. Lebih kurang jam 7pm baru kami gerak dari Kuala Krai....
Aduh! terasa penat perjalanan dari Kelantan ke Subang... tapi seronok la jugak sebab kami sempat pergi shopping kat Wakaf Che Yeh dan Pasar Khadijah... bak kata orang, menyelam sambil minum air.. ngeeeeeee! Sempat jugaklah aku beli tudung... Yang paling aku suka, tudung yang aku pakai kat bawah ni.... Cantik dan selesa apabila dipakai...


Okaylah... tu jer aku nak cerita....
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea