Kawan2Ku

09 November 2012

Tour Of Duty: Kursus Induksi Umum di Intura, Kedah

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, November 09, 2012
Assalamualaikum wbt...

Dalam entry yang sebelum ni aku ada bagitahu yang aku mengikuti kursus di sungai Petani, Kedah.. Hari ni setelah tujuh hari berada di sini, baru aku berkesempatan untuk menceritakan sedikit kisah yang berlaku ketika aku berkursus ni...Maklumlah, hari ni dan esok Kedah bercuti, so memang tak ada kelas untuk dua hari ni... cuma esok InsyaAllah kami akan shopping ke Padang Besar... itu pun kalau tak ada apa aral yang melintang...

Bila sebut pasal kursus, apa yang terlintas kat fikiran kita? bosan je rasa kan sebab kena masuk kelas, aktiviti petang, kelas malam.. adoi! tapi untuk menghilangkan stress aku memikirkan benda2 tu semua, baik aku sebut ia sebagai 'Tour Of Duty'... ye la... sedap skit nak menyebutnya dan sekurang kurangnya dapatlah lari dari kerja kerja kat opis tu... Cuma yang peliknya, aku ni memang suka pegi keje.. sebab tu la cuti rehat aku jarang di guna sedangkan kawan2 lain pantang ada peluang, mesti ambil cuti.. biasanya aku akan gunakan cuti tu untuk pergi bercuti atau aku hanya akan gunakan cuti tanpa rekod yang aku dapat apabila setiapkali aku kerja pada hari sabtu.

Ok lah... malas nak cerita pasal kelas, tapi aku nak cerita pasal pengalaman aku pada hari ketiga di sini.. habis kelas jam 4.30pm, kami balik ke bilik masing masing dalam hujan yang lebat... tapi tak risau sangat sebab semunya berbumbung.. so tak ada la kebasahan di sebabkan hujan.. Oh ya.. kami di sini peserta kursus di tempatkan di tingkat dua bagi peserta perempuan dan di tingkat satu bagi peserta lelaki. Dan aku dapat duduk sebilik dengan kak wani. Senang la skit sebab aku memang dah biasa dengan dia... Dan bilik yang kami dapat memang sangat selesa. Alhamdulillah.

Sambung cerita. Balik dari kelas dan hujan turun selebat2nya, kami terus balik ke bilik dan sambung dengan aktiviti melepak atas katil. Dalam tak sampai setengah jam, aku dengar suara riuh rendah... rupanya ground floor tempat kami dah dinaiki air. Banjir. Ya Allah. Dah macam sungai dah aku tengok dari atas. Yang sedihnya, peserta lain yang sedang mengandung memang ditempatkan di ground floor supaya memudahkan diorang untuk tidak turun naik tangga. Mujurlah aku tak duduk sekali di tingkat bawah sedangkan aku juga di tawarkan untuk duduk di bilik bawah memandangkan aku sedang mengandung... tapi aku tolak sebab aku yakin yang aku masih kuat untuk turun naik tangga. Rupa rupanya ada hikmah disebalik..

dah macam sungai dah...

pemandangan dari atas bilik aku.. boleh buat terjunan anjal dari atas ni...


Dan pada hari Rabu, petang selepas kelas, kami sempat berjalan jer Tanjung Dawai... dari kursus kami hanya kami lapan orang jer yang pergi, selebihnya budak2 dari kursus lain. Pengarah dah bagi transport free untuk kami, apalagi... ini lah masa untuk kami shopping belacan, ikan pekasam dan ikan masin. i like~ hahaha!



Ok la... buat masa ni, ni je la yang aku dapat cerita... nak sambung tido jap... ngantuk sangat ni... huhu!

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Alia : ermmm... semalam aku dapat panggilan dari along aku bagitahu yang abah masuk wad. Astagfirullahalazim.. macam2 dugaan bila aku kat sini.. mula2 aku ingat nak balik terus naik bas, tarik diri dari kursus.. tapi along aku kata abah dah ok, so aku teruskan jugak kursus ni. Harap abah tak ada apa2 la.. dulu dalam tahun 2009 abah pernah buat bypass surgery kat Hospital Ampang Puteri sebab sakit jantung.. lepas operation tu, abah tak ada apa masalah dah... semua ok sampailah petang semalam abah rebah kat rumah. doktor kata ada darah beku kat kepala, tapi sekejap jer... cuma doktor kata, ada kemungkinan akan berlaku lagi... huhuhu! harap2 abah tak apa2 la...

Lagi satu, hari ni aku dapat berita yang nama aku naik lagi sekali untuk kursus di Sekolah Latihan Polis Kuala Muda, Kedah pada 15-19hb ni... Aduhai! 12hb balik dari kursus, sampai subang nak terus balik segamat sampai 14hb.. 15hb nak gerak semula ke Kedah.. Ya Allah.. larat ke aku ni? dengan perut memboyot ni.... huhuhu! harap aku tak penat... tapi aku rasa Isnin depan aku nak call bahagian latihan, Bukit Aman... kalau boleh tangguh, aku rasa macam nak tangguh la....

~pengsan~

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea