Kawan2Ku

15 Februari 2013

Uri Yang Terletak Rendah (Plasenta Previa)

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013


Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh.

perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi.

plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa.
i) plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
ii) bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
iii) plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean;
iv) plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

jika anda ada membuat imbasan ultrasound semasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan-akan terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. itu semestinya bukan plasenta previa. semasa bayi anda membesar, uterus anda yang mengembang itu akan secara semulajadi, menarik plasenta dan memisahkannya dari serviks. walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila anda sudah cukup bulan. ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim anda, kebanyakan plasenta seakan-akan "bermigrasi" ke atas di waktu trimester ketiga.

APAKAH BEBERAPA PETANDA AMARAN PLASENTA PREVIA?
perdarahan vagina yang tidak sakit semasa tiga bulan terakhir kehamilan selalunya merupakan petanda amaran dan anda perlu memanggil doktor dengan segera jika ini berlaku. namun begitu, mungkin tiada petanda amaran langsung dan kenyataan yang anda mempunyai plasenta previa mungkin hanya diketahui semasa imbasan ultrasound.

ADAKAH SESETENGAH WANITA LEBIH BERISIKO DARI YANG LAIN?
wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko daripada wanita yang mengandung bayi pertama. lebih berisiko lagi adalah wanita yang sebelum itu bersalin melalui pembedahan caesaraean, atau mereka yang sudah melalui kehamilan dengan plasenta previa, atau yang merokok. namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara. 



0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea