Apa-Apa Aje, Bila-Bila Aje, Mana-Mana Aje, Siapa-Siapa Aje, Suka-Suka Aje




Kawan2Ku

28 April 2013

Bakso Dan Sambal Kicap


Alhamdulillah..

Hari ni sempat jugak aku buat bakso bersama sambal kicap. Ya. Orang Johor dan sambal kicap memang tak dapat dipisahkan... Adik aku si Adah la yang sibuk suruh aku masak bakso ni...

Memandangkan hari ni dia dah nak balik Segamat, so aku layankan lah jugak buat bakso ni... Kebetulan tunang dia pun ada kat sini, datang jemput dia bawak balik kampung (adik aku ni mengada2 tak nak naik bas), so dapatlah aku jamu bakal adik ipar aku ni sekali..