Kawan2Ku

15 April 2013

Kawan Lama...

Posted by Dalia Hassan at Isnin, April 15, 2013

Al kisah kawan lama....

Dia lah kawan terbaik aku sejak tingkatan1... Dulu kami memang rapat, hinggakan parent aku dan juga makcik makcik kat kampung aku tu ingatkan aku couple ngan dia... padahal masa tu kami rapat hanya sebagai kawan... masuk tingkatan empat, dia ke sekolah vokasional dan aku masih di sekolah lama, tapi kami sering berhubung... Dulu mana ada handphone, macam zaman sekarang.. kalau dia call aku, mesti dia akan call telefon rumah... dan dia memang seorang kawan yang baik...

Habis SPM, aku sambung ke UITM dan dia ke politeknik... Masa tu seingat aku, dialah satu2nya kawan sekolah yang rajin hantar surat kat aku.. sampai aku boleh buat koleksi.. tapi dalam surat tu semuanya berkaitan dengan pelajaran, tentang keluarga.. tak ada sikit pun sentuh soal hati.. yer la.. bestfriend jer pun...

Tapi sebenarnya bila kita dah rapat dengan seseorang, mesti terdetik kat hati kita perasaan sayang, walaupun sedikit.. tapi takkan la aku pulak yang terhegeh2 bagitau perasaan aku... yer tak?

Dan dia selepas habis belajar, dia terus join TUDM... so memang lama jugaklah aku terputus hubungan dengan diaa tapi sekali sekala kalau dia balik kampung ada jugaklah dia call aku...

Yang best, masa dia kawin aku sempat datang sekejap, tengok pengantin bersanding.. dan aku balik kampung menaiki bas ekpress (masa tu masih kat Pudu lagi).. yang bestnya, masa aku nak balik ke KL semula, dia dan wife dia sempat meneman aku di stesen bas Segamat... seronok tengok kawan baik aku dah menikah (yer la... masa tu aku masih dara.. hahahah! tapi dah bertunang, tinggal berapa bulan je lagi aku nak kawin)

Tapi baru2 ni, aku sempat ber WeChat dengan dia... pengakuan dia, dia kata dia pernah suka kat aku, tapi aku tak layan.. hahahahhaa! Dia tak cakap.. manalah aku nak tau...aku ingat lagi masa kat uitm dulu, aku pulak yang sibuk nak meng'kenen'kan dia dengan kawan2 aku.. siap atur date lagi untuk diorang.. tapi tak menjadik.. hahaha! yang penting dia dan kawan aku tu pun dah jadik kawan... macam aku ngan dia..



ermmmm... bila teringat kenangan lama.. terasa rindu pulak... hahahaha!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea