Kawan2Ku

24 April 2013

Luahan Rasa Seorang Isteri

Posted by Dalia Hassan at Rabu, April 24, 2013
Assalamualaikum wbt...

Hari ni pagi2 lagi seseorang yang aku kenal telah meluahkan isi hati dan perasaan tentang suaminya .. aku faham perasaan dia bila suami dia rapat dengan perempuan lain.. Sebenarnya aku memang tahu suami dia rapat dengan si 'N' ni, dan aku dengan 'N' memang kawan baik.. 'N' tu pun dah kawin dan ada suami serta tiga orang cahaya mata, dan aku cuma anggap 'N' dengan suami dia tu cuma teman rapat.. sebagai kawan dan tak lebih dari tu sebab aku kenal dia, dia memang jenis peramah dan boleh ngam dengan semua orang...

Tapi bagi seorang wanita, bila suami dia rapat dengan perempuan lain, dan asyik sebut nama perempuan tu setiap kali, kita sendiri boleh faham perasaan tu. Mesti kita terasa hati kan? begitu juga dengan dia.. Dia terasa hati dengan si suami yang terlalu rapat dengan si 'N' hinggakan semua perkara pun perlu diberitahu dan perlu merujuk dulu pada suami dia... itulah yang menyebabkan si isteri kecik hati...

Sebenarnya banyak yang dia luahkan, tapi biarlah aku simpan sebab aku pun dah janji dengan dia apa yang dia cerita tu habis kat situ aja... tak nak kecoh2.. nanti apa pulak orang lain fikir.. Apa yang aku nasihatkan dia, fikir positif jer.. anggap je diorang tu satu kepala dan boleh saling bercerita, sebab tu diorang boleh jadi kawan baik.. tak lebih dari tu.. In Shaa Allah...


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea