Kawan2Ku

05 April 2013

Minyak Argan

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, April 05, 2013
 Korang pernah dengar tak pasal kebaikan dan khasiat minyak argan?

RATUSAN tahun dahulu, bangsawan Rom membongkar rahsia kejelitaan semula jadi dengan minyak argan, ‘Cecair Emas Maghribi’ yang merawat pelbagai masalah kulit, rambut dan kuku.
Minyak argan diperah dari biji buah argan (argania spinosa) dan hanya tumbuh di selatan Maghribi, justeru, dikatakan salah satu minyak paling unik dan termahal di dunia.

Minyak argan dalam gambar diatas ni pemberian abang kandung aku.. sebenarnya dia bagi aku dua botol secara percuma, dan yang lagi sebotol telah habis aku gunakan... so bila dah tinggal sebotol ni baru aku terfikir nak tulis satu entri tentangnya... Al kisah abang aku tu dulu berulang alik ke Islamic Republic of Mauritania atas dasar kerja. Dan kawan2 sekerjanya datang dari pelbagai negara... katanya minyak ni dia beli dari kawannya yang berasal dari Morocco... dapat harga murah sikit kalau nak dibandingkan dengan harga kat Malaysia... tapi dia tak bagitahu pulak berapa harga yang dia beli dari kawan dia tu... yang pasti kami satu famili semua dapat souvenir minyak ni dari dia...  dan aku memang suka benda2 free ni...

Antara khasiat minyak argan ni yang aku dapat dari google antaranya ialah :

     ~ melembapkan rambut dan kulit
     ~ anti-penuaan
     ~ mengurangkan kedutan di wajah
     ~ mengurangkan stretch mark
     ~ melegakan sakit2 sendi
     ~ mengurangkan parut di badan
     ~ merawat ekzema
     ~ merawat psoriasis
     ~ merawat cacar air
     ~ merawat jerawat
     ~ dan lain-lain

Pokok dan buah algan

ni la orang yang bagi aku minyak argan secara percuma... hahaha!

Alia : pssssttttt... minyak yang dalam gambar tu bukan untuk dijual yer... Ianya untuk kegunaan diri sendiri... ;)

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea