Kawan2Ku

20 Mei 2013

Akibat Salah Faham

Posted by Dalia Hassan at Isnin, Mei 20, 2013

Alkisahnya begini...

Situasi 1

Pada 2 Mei lepas, aku ke opis untuk hantar kek yang ditempah oleh kawan2 aku. Kebetulan salah seorang kawan yang order kek tu tak ada kat opis. Then aku call dia, dia kata dia half day sebab pergi hantar kereta untuk diservis. Sambil2 tu sempat jugakla berborak macam2 (maklumlah dia kat workshop- boring) dan dia kata dia kena marah dengan bos sebab tak ada kat opis. Tu yang dia terpaksa isi borang half day disebabkan menunggu turn yang lama di pusat servis tersebut.
So kek dia aku amanahkan kat sorang lagi rakan aku untuk diberi pada keesokan harinya.

Situasi 2

Malam tu, aku ber whatsapp dengan lagi sorang kawan aku. Biasanya kawan aku tu akan bercerita dan sentiasa update aku apa yang berlaku kat opis. Maklumlah aku ni masih dalam tempoh bercuti panjang, so tak mahula aku ketinggalan berita2 terkini hiburan sensasi. Dia kata kat aku, si N ni keluar dengan encik boss untuk sambut besday encik boss. Aku yang seriau bila dengar si N keluar dengan encik boss... nak tahu kenapa? Wife encik boss pernah meluahkan kat aku tentang keakraban keduanya sehingga menimbulkan rasa tak senang di hati dia walaupun si N dan encik boss hanya kawan rapat.

Cuma yang memusykilkan aku, si N bagitahu aku yang dia pergi servis kereta, tapi macamana pula ada pula pihak2 tertentu yang kata di keluar dengan encik boss? Bila aku tanya kawan aku tu macamana dia boleh tahu si N keluar dengan encik boss, kawan aku tu kata budak2 kat atas semua cakap macam tu. Alasan : sebab kedua dua mereka (si N dan encik boss) tak masuk opis sampai petang. Untuk kepastian, aku direct tanya kat si N, kenapa dia keluar dengan encik boss? tak takut ke sebab isteri encik boss dah mula tak senang hati dengan dia? N terkejut bila aku kata macam tu... dia terkejut sebab dia tak keluar dengan encik boss. Dia pun tak tahu yang encik boss tak masuk opis sampai petang. Dan aku percaya cakap si N, sebab aku kenal dia. Dia dengan encik boss memang rapat, tapi rapat sebagai kawan. Dan aku juga tahu banyak perkara tentang itu.

Berbalik pada kawan yang menyampaikan cerita tu kat aku. Selepas aku tahu cerita sebenar yang si N tak keluar dengan encik boss, aku terus call kawan aku tu untuk meng clearkan keadaan (kononnya)... aku terangkan kat dia yang diorang dah salah faham. Si N dengan encik boss tak keluar pun sama2. Si N pergi servis kereta. Dan aku bagitahu dia kenapa aku terpaksa tanya si N samaada betul atau tidak dia keluar dengan encik boss. Ini ada kena mengena dengan aku disebabkan aku rapat dengan isteri encik bos dan isteri encik bos akan tanya aku jika ada sesuatuyang tak kena. Niat aku cuma satu. Jika benar si N keluar dengan encik boss, aku cuma nak nasihatkan dia agar dia sentiasa beringat akan apa yang bakal berlaku kalau cerita tu sampai ke telinga isteri boss. Aku takut dan aku taknak ada masjid yang runtuh disebabkan mulut2 yang tak berinsurans itu. Tapi ternyata si N tak lakukan itu.

Situasi 3

Dah hampir tiga minggu semua tu berlaku, tetiba je kawan aku yang pernah menyampaikan cerita tu kat aku, hangin dengan aku. Masalahnya dia tak cerita kat aku apa yang menyebabkan dia hangin satu badan. Rupanya2 ada lagi satu pihak (yang selalu fikir diri dia sentiasa betul) yang memperbesar besarkan keadaan. Entahlah. Kalau difikirkan aku malas nak fikir dah, tapi aku taknak kehilangan kawan baik disebabkan oleh benda remeh dan salah faham. In Shaa Allah, aku naik kerja awal jun nanti, aku akan cuba leraikan segala kekusutan dan salah faham tu.

2 comments:

Capt Lalok berkata...

susahkan salah faham ni..fening kengkadang kita nak tolong tapi sudahnya kita yang nampak salah.

Dalia berkata...

itula kan.. serba salah dibuatnya... :(

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea