Apa-Apa Aje, Bila-Bila Aje, Mana-Mana Aje, Siapa-Siapa Aje, Suka-Suka Aje




Kawan2Ku

28 Mei 2013

Apa Nak Jadi....


Entah... apa nak jadi dengan aku ni... interview dah tak lama jer lagi... seminggu jer lagi, tapi aku masih tak study apa pun... Ni harap nak study saat akhir la nanti. Adoi. Setiap kali nak study, setiap kali menghadap komputer, konon2 nak carik maklumat, konon2 nak study apa yang patut... tapi yang aku bukak, blog orang lain untuk cari resepi, dok menghadap facebook, baca gosip2 artis terkini, bla bla bla...

Kalau macam ni jangan mimpi la nak lulus interview cik puan weh! Kalau panel penemuduga tanya, apa itu NBOS, apa itu NKRA, PRU 13... cuba terangkan itu. cuba terangkan ini, bagi contoh itu, bagi contoh ini.... apa aku nak jawab??? dah ler aku ni species yang gabra tak tentu pasal...

Ok. Saya study sekarang jugak! (Azam berazam ala kazam)

Go go chayokkkkk!

errrrrrrrr... esok jer la study... nak pergi mengepam jap, pastu nak tido...