Kawan2Ku

12 Mei 2013

Botol Susu Avent

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Mei 12, 2013

Ermmmm... Oleh sebab baby Arissa tak mahu minum susu menggunakan botol (asyik nak bergayut kat mama jer),dan bermacam2 usaha aku dah buat untuk dia menyusu guna botol juga dah berbotol2 susu aku beli semata2 nak penuhi kemahuan dia, dia tetap tak terima. Dan setelah menerima nasihat dan pandangan dari pelbagai pihak, akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencuba botol susu Avent yang dikatakan mempunyai puting yang seakan akan puting ibu.

Harga asal RM55.90, harga selepas diskaun RM44.72.. so jimatlah RM skit...

Kebetulan aku ke pasar malam Jalan TAR petang semalam, so sempatlah aku menyinggah ke SOGO untuk membeli botol Avent ni (dua tiga hari lepas aku ke Giant Shah Alam, tapi kat sana tak ada jual botol Avent ni)

Cer tengok puting botol ni.. lebih kurang jer kan... tapi nak tahu camana penerimaan baby Arissa??? TOLAK! GAGAL!! adoila... puas dah pujuk dia.. dia boleh keluarkan semula susu yang dah masuk kat mulut dia, padahal susu tu sama je rasa..

Camana nak buat ni???? awal bulan Jun aku dah start keje.... isk isk isk!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea