Kawan2Ku

03 Mei 2013

Donut Sambal

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Mei 03, 2013
Assalamualaikum wbt..

Wahhhhh lama betul aku tak buat donut sira dengan sambal ni... Korang pernah makan tak?  Aku dulu masa zaman sekolah hari2 beli donut sambal ni kat makcik yang meniaga depan sekolah... Tu yang badan aku pun macam donat dah.. Hahaha!

Masa aku dok bujang dulu, selalu jugaklah aku buat donut ni bawak pegi opis, tapi sejak kawin memang malas dah nak buat.. Bukan apa, buat donut ni makan masa skit walaupun mudah jer nak buatnya.. Tapi yang pasti, donut yang aku buat ni memang lembut walaupun rupanya agak hodoh sikit sebab aku tak guna acuan donat, buat manual jer..

Seronok tengok Ainul makan. Dia siap cakap, lain kali mama jangan beli donut, mama buat je sebab kalau mama buat lagi sedap. Hahahaha! Anak... Anak...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea