Kawan2Ku

21 Mei 2013

Hajat Dihati Nak Memulakan Bisnes....

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Mei 21, 2013
Assalamualaikum wbt....

Cer korang baca tajuk entrry aku hari ni... erm. nampaknya macam tu la... hajat dihati memang nak memulakan bisnes, tapi tak tahu bisnes apa yang aku nak buat. Encik asben memang dah ada bisnes dia sendiri yang diusahakannya sejak tiga tahun yang lepas. Walaupun hanya kecil kecilan tapi Alhamdulillah pendapatan yang diperolehi lebih daripada makan gaji.

Tapi, itu bisnes encik asben. Aku pun teringin punya bisnes sendiri tapi aku tak tahu nak bisnes apa.. Opppsss sorry! Jangan suruh aku buat MLM atau direct selling sebab hati aku tak cukup kental untuk buat bisnes tu (Mungkin disebabkan pegalaman silam). Tapi aku akui, perniagaan MLM atau direct selling memang memberikan pendapatan yang cukup lumayan dan rata2 yang berjaya dalam industri ini memang seorang yang tabah dan berkeyakinan tinggi. Ramai kawan kawan aku yang terlibat dalam industri ini dan aku juga pernah terlibat sama, dan ramai diantara mereka yang mampu hidup mewah. Seperti yang aku cakapkan tadi, hati aku tak cukup kental untuk menceburi industri MLM / direct selling walaupun ianya menjanjikan pendapatan lumayan dan juga tidak terikat dengan masa.


Dan sekarang, dalam kepala aku sedang memikirkaan bisnes apa yang aku nak buat.

Berfikir...

Berfikir.....

Berfikir.........

Ada banyak perniagaan yang terlintas kat fikiran ni, tapi belum ada satu pun yang dapat menarik minat aku... huhuhu! rasa macam nak rujuk dan minta nasihat dari FAMA la sebab aku rasa cam berminat dengan  IKS...

Okla... Nak sambung semula berfikir...

daaaaaaaaaaaaaaa!

2 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea