Apa-Apa Aje, Bila-Bila Aje, Mana-Mana Aje, Siapa-Siapa Aje, Suka-Suka Aje




Kawan2Ku

26 Mei 2013

Sup Lobak Putih


Hari ni kerisauan melanda diri aku... Kenapa? Sebab susu badan aku semacam makin menyusut.. Bila pam, seco'et je susu yang keluar. Padahal aku dah amik supplement dari shaklee untuk menambahkan susu badan. Mungkin peringkat awal ni dia lambat skit nak berkesan kut...

Akhirnya aku minta encik asben belikan lobak putih. Dengarnya lobak putih ni boleh menambahkan susu badan.., Dan terjadi lah menu sup lobak ni walhal niat asal aku nak makan lobak putih ni secara mentah.Kuingat rasanya sesedap karot merah kalau makan secara mentah. Rupanya takkkk sedapppppp...


Sup lobak putih ni, rasanya sedap la jugak. Sekurang kurangnya boleh la lalu kat tekak aku ni. Dan yang pasti, susu badan aku dah keluar lebih dari biasa. Alhamdulillah.