Kawan2Ku

16 Jun 2013

Selamat Hari Bapa

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Jun 16, 2013
Assalamualaikum wbt...

Malam tadi aku mimpi abah bawak berita gembira untuk aku. Berita yang memang aku nanti nantikan. Bangun tido jer terus teringat kat abah.. Bila tengok kat facebook, masing2 update status pasal hari bapa. Hari bapa rupanya hari ni, macamana aku boleh terlupa? Syukur aku bermimpi pasal abah malam tadi, sekurang2nya aku bangun tido terus teringat kat abah...

 Dan dalam pukul 8am, aku call rumah parent aku kat kampung... mak aku yang jawab.. mak kata abah tengah sibuk mengecat rumah.. tengah berborak dengan mak, abah masuk.. sempat la aku berborak dengan abah dan ucapkan selamat hari bapa kat abah... abah sambil bergurau tanya, nak belikan hadiah apa untuk abah... hahahah! In Shaa Allah sebelum balik kampung minggu depan aku akan belikan mak dan abah hadiah. Walaupun harga tak setanding dengan pengorbanan yang mereka curahkan kat kami adik beradik, sekurang2nya mungkin ianya dapat membuatkan hati mereka gembira. Abah cakap dengan aku, aku lah anak pertama yang wish hari bapa kat dia hari ni... hahahahaha bangga sungguh aku...

Abah... akak sayang sangat kat abah macamana akak sayang kat mak... tanpa pengorbanan dan kasih sayang yang abah curahkan selama ni, akak dan adik beradik yang lain mungkin takkan berjaya seperti hari ni.


Buat encik asben, Suhaimi Bin Bujang, selamat hari bapa. Kasih sayang yang abang berikan pada kami anak beranak tidak ternilai harganya....



Buat abang Ijat dan adikku Azhar yang juga seorang bapa, selamat hari bapa buat kalian... semoga Allah merahmati kalian berdua... In Shaa Allah...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea