Apa-Apa Aje, Bila-Bila Aje, Mana-Mana Aje, Siapa-Siapa Aje, Suka-Suka Aje




Kawan2Ku

03 Julai 2013

Cuti - Cuti Malaysia : Kota Kinabalu, Sabah

Dalam entry aku yang sebelum  ni, aku dah ceritakan pengalaman aku sepanjang berada di Sabah. Secara ringkasnya, pada 29 Jun sampai aje kat Sabah ni kami di bawa terus ke Kundasang dan keesokannya ke Ranau..

saat tiba di airport Kota Kinabalu..
Dari Ranau pula kami singgah ke Kinabalu Park dan terus ke Tuaran.. Dari Tuaran kami dibawa check in di Marina Court Resort Apartment di KK..


Pemandangan dari apartment yang aku duduk.. rasa macam nak terjun jer kat kolam renang tu tapi apakan daya masa tak cukup..

dan pada sebelah malam pula kami di bawa makan seafood anjuran KJSJ Sabah di Dowish Restaurant..




errr.. macam pakai cermin mata pula si udang ni..

Pada keesokannya (1 Julai) kami bersarapan di Restoren Sri Sembilan Ria sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Manukan..


Balik dari Pulau Manukan, kami meneruskan aktiviti shopping di Pasar Filipina atau kini dikenali dengan Pasar Kraf.. Borong sakan ler kitew... hahaha!











huh! rambang mata aku dibuatnya... banyak jugaklah aku borong bawak balik.. keronsang mutiara, ikan bilis, sotong kering, udang kering, gelang mutiara, belacan, kuih cincin dan paling banyak adalah tshirt Sabah dan fridge magnet..

Pada sebelah malamnya pula, kami dibawa (sekali lagi makan seafood free) di Restoren Kampung Nelayan..









Ada persembahan tau.. best sangat!



 





 Makan kat Restoren Nelayan ni memang best dan terbaik. Sedap pulak tu.. entah bila lah dapat datang sini lagi..

Lepas makan2, kami sambung shopping kat Pasar Malam Kampung Air. Maklumlah malam terakhir di Sabah.. gunakanlah sepenuhnya.. hehe..
Rupanya barang mutiara kat sini lagi murah dan cantik.. rambang mataku ini.. haha!

tengok tu.. penuh dengan kami2 ajer..

pilih jangan tak pilih..

cantik cantik semuanya..



Puan Rose dan Puan Annie...
Keesokannya, seawal pagi kami check out.. masa untuk kembali ke alam nyata. hahaha!

Ina, bekas teman sebilik aku masa zaman bujang dulu sempat datang bersama dua anaknya jumpa aku kat airport KK.. plan asal nak datang jap ke rumah dia langsung tak sempat... jadual penuh!

sorry na tak sempat nak singgah rumah ina.. huhu!




Selamat tinggal Sabah.. bila lagi agaknya kita akan bertemu semula.. isk isk.. Pengalaman yang sangat indah dan tidak mungkin akan dilupakan sepanjang hayat. Terbaik.