Apa-Apa Aje, Bila-Bila Aje, Mana-Mana Aje, Siapa-Siapa Aje, Suka-Suka Aje




Kawan2Ku

18 Julai 2013

Dana Haji Jasman???

Korang pernah dengar tak pasal benda ni.. aduh.. tension aku dibuatnya.. sebab? Pengasuh anak aku sibuk ajak aku invest dalam dana ni.. macam2 dah aku bagi alasan tak mau join, tapi macam2 dah ayat dia pujuk aku.. serba salah aku dibuatnya... 

Aku dah try google kat internet. Semua komen yang negatif aku terima.. Ramai yang dah tertipu (melalui komen yang aku baca laa).. aku semak jugak kat kawan aku pegawai JSJK Bukit Aman dan dia nasihatkan aku jangan terpedaya dengan dana tu... dan aku juga dah semak kat website Bank Negara Malaysia.. sah2 dana ni memang tak sah.. aku dah terangkan jugak pasal ni kat pengasuh anak aku tu.. tapi dia tetap percaya dan tetap nak ajak join sama..

Dan tadi, dia masih berusaha ajak aku join sama. Aku memang susah nak elak tapi aku bagi syarat kat dia.. kalau apa2 terjadi dia harus bertanggungjawab dan ganti duit aku tu (sebenarnya aku gertak dia jer).. dan dia setuju (adoi!).. bengang memang bengang tapi nak buat macamana kan, takut pulak nanti dia geram kat aku, anak aku dicubit2.. (Astagfirullahalazim.. bersangka baiklah Dalia weh).. ermmmm... aku join jugaklah tapi aku invest RM100 jer.. (jerrrr??? RM100 tu macam2 aku boleh beli tau.. huhuhu!)

Yang buat aku bertambah bengang, dalam kul 9pm++ tadi dia sms aku mintak tambah lagi RM50... katanya untuk bayar pass masuk hotel nanti masa nak terima bonus..  gggrrrrrrrrrrr! Memang aku rasa macam nak meletup.. dia hengat apa? Dah le nak raya dah ni.. macam2 aku nak beli.. macam2 nak guna.. takkan nak bagi senang2 macam tu.. siap janji tu.. labur RM100 dapat RM1 Juta... peh! Makcik kayooooooooo!!!! (sambil gelak terbahak2... gelak orang kaya)

Aku dah setuju nak labur (eh silap.. bukan labur tapi lebur) tu pun dah cukup bagus... ni siap mintak gambar 4 keping, salinan ic ngn salinan buku akaun bank... dah le tu.. nak urgent plak... tak pasal2 aku kena menapak ke kedai gambar dan kuarkan lagi RM12.. tanpa bedak, tanpa make up.. yerla.. aku x sempat nak buat tu semua.. nak urgent katakan.. ishhhhhh! (Maklumla dalam beg aku mana ada benda2 make up ni) Dan aku tergelak sendiri bila tengok gambar tu.. pucat lesi.. nampak sangat tak ikhlas... nanti ada masa aku upload gambar tu kat sini. Kenangan. Hahahahha!

Ni yang aku ambik dari website Bank Negara Malaysia... sah2 dah terpampang kat situ no: 15 Dana Haji Jasman.. yang peliknya kalau betul dana ni dapat sokongan dari kerajaan, kenapa masih terpampang kat sini? entahla....