Kawan2Ku

18 Ogos 2013

Kisah Raya 2013

Posted by Dalia Hassan at Ahad, Ogos 18, 2013

Hari ni dah raya ke berapa yer??? macam tak rasa raya jer sebab raya ke lima dah kena keje... sedeyyyyy... hari tu pun aku tak sempat update apa2 pasal raya walaupun kat draft dah ada satu entry tajuk 'Salam Aidilfitri'... entahlah aku pun tak ingat kenapa aku tak publishkan entry tu, mungkin sebab busy sangat sampai terlupa nak publish.. tapi alang alang dah terlewat, aku buat jer la satu entry lain pasal raya...

Raya Pertama

Tahun ni giliran beraya rumah encik asben kat kota tinggi.. macam biasa, setelah bermaaf maafan dan menghadap santapan raya, kami bertolak menuju ke Pontian, kampung bapa mertuaku yang berketurunan bugis... Seharian beraya di Pontian, kami pulang ke Kota Tinggi dengan kepenatan yang amat sangat... Anak2 seronoklah dapat beraya sebab dapat collect duit raya, mak ayah ni plak penat sebab kena keluar duit raya... hahahhaha tapi apa salahnya... seronok bila tengok budak2 gembira... teringat zaman kanak2 aku dulu... meriah!

Plan asal konon sebelah malam nak bawak anak2 lepak kat danga bay, tapi kansel sebab masing masing dah tertidur kepenatan...

(baru terperasan yang raya pertama ni aku tak ambik satu gambar pun... huhu!)

Raya Kedua

Hari ni duduk rumah jer sebelah pagi sebab anak anak buah mertuaku datang berkunjung di rumah... sebelah petang plak pergi beraya kat rumah sedara di Felda Air tawar 3 dan 5... pastu terus ke rumah mak usu kat taman apa ntah nama kat bandar kota tinggi... (hahahaha lupa laaa)

Anaqi, Ainul dan adik ipar aku... (cer tengok tudung si Ainul tu.. dah macam tudung makcik2... tudung yang aku bagi dia taknak pakai, nak pakai tudung mak nek dia plak... haissssss)

bergambar adik beradik dan anak masing2...

Anaqi dan Ainul... kalau jalan bawak budak berdua ni mesti orang tanya, kembar ker????

Raya Ketiga

Plan asal seawal pagi nak pergi rumah mak ucu aku kat Kluang... yerla alang2 dah ada kat kota tinggi ni, sebelum balik Segamat bolehlah menjengah mak sedara yang kat Kluang tu... kalau tak, tak tau lagi bila... dah janji dengan adik beradik yang lain nak jumpa terus kat Kluang, tapi atas sebab tertentu tak dapat nak singgah Kluang...
Masa nak gerak balik Segamat dari rumah mertua, asben aku baru perasan yang tayar kereta dah pecah... so sebelum balik segamat, kami beraya kat bengkel kereta cina la... yerla.. dah bengkel kereta orang melayu tutup... hahahah!


Masa kat bengkel ni la mak call... mak kata mak long anak beranak nak datang rumah tengahari ni... aduh aku yang excited nak jumpa sedara.. lama dah aku tak jumpa mak long... rasanya last jumpa mak long masa sepupu aku kawin kat Kluang bulan Januari haritu... tapi setelah dikira2 masa yang akan kami ambil untuk sampai ke segamat menunjukkan bahawa memang aku tak akan sempat jumpa diorang.... waaaaaaaa! yerla.. pukul 11.45am kami masih kat bengkel...


Aktiviti dalam kereta ketika jem kat trafik light Kulai... tengoklah.. muka berminyak jadinya sebab lama menunggu kat bengkel + kepanasan..
Adussss... tension rasa.. ingatkan kami jer yang keluar beraya rupanya semua pun kuar beraya... apa lah salahnya diorang ni dok kat rumah jer raya ni so takderlah jalan jem dengan semua kenderaan dipenuhi dengan manusia2 yang berpakaian raya... hahahahahah!

kat hiway dari kulai ke yong peng selatan pun jem giler.. ada eksiden rupanya.. adoila... kesian kat diorang tu raya2 eksiden plak... harap2 mintak dijauhkan la dari segala malapetaka...

sampai rumah mak dekat jam 3.. memanglah keluarga mak long aku dah lama balik... mak kata pukul 1 diorang sampai... dok lepak makan2 borak2 kul 2 lebih jugak diorang balik nak sambung beraya rumah yang lain2...

Untuk pengetahuan korang jugak, mak long aku ni mak kepada bekas personaliti tv3, Normala Shamsudin... kiranya dalam sepupu2 aku sebelah mak, kak mala ni la paling tua diantara kami... dan dia memang peramah dan tak pernah sombong diri dengan kami.. setiap kali raya kalau kami tak berkesempatan nak jumpa, mesti dia kirim salam ingatan buat kami melalui mak..

kak ani (kakak aku) sibuk nak bergambar dengan kak mala masa kak mala datang rumah mak aritu...
Sampai je kat rumah mak, aku terus ajak mak pegi dusun durian... abah dah memang berkampung kat dusun.. mak tanya aku, tak penat ker? aku? mana ada penat.. berkobar2 lagi nak pergi dusun... jeles tengok gambar2 diorang beraya kat dusun masa hari raya pertama... siap makan ketupat rendang lagi kat sana...

tengok abah aku ni... memang kuat menyakat.. mula2 dia tak bagi aku belah durian tu sebab durian yang paling mahal katanya...nak jual.. pastu dengan selambanya dia belah durian tu dan makan depan aku sambil buat muka.. hahaha!

manggis... belum masak sepenuhnya...

tukang jaga adik...

sekali pungut satu pokok boleh dapat satu kereta sorong ni...



yummyyyyyy!





kepenatan... hahaha! (Atau dengan erti kata yang lebih tepat : ular kekenyangan) haha!
Kebetulan pulak musim durian tahun ni jatuh pada musim raya... kalau tahun lepas tak salah aku sebelum ramadhan buah dah gugur.. tapi durian kali ni lebih banyak dari musim2 yang sebelum ni.. abah kata sehari boleh dapat beratus kilo... errrmmm.. banyak gak tu...

Raya Keempat 

Hari ni dah nak balik Subang.. kejap jer dapat dok rumah mak.. tak sampai 24 jam pun.. huhu! pagi tu mak ajak pergi beraya rumah tok induk.. tapi pagi sebelum kitorang keluar beraya, anak buah abah datang beraya.. so kami keluar lewat skit dari rumah walaupun dah janji dengan tok induk nak datang rumah dia jam 10.30am..

                                                                   
pagi tu aku masa aku nak mandi rasa macam pelik kenapa ada ramai orang kat luar rumah padahal masa tu abah aku tak balik dari dusun...

 
bila tanya kat mak, mak kata sejak musim durian macam tu la keadaan kat rumah setiap pagi... kul 8.30am jer orang dah mula tunggu abah balik dari dusun... memang tak sempat nak pergi hantar durian2 tu kat kedai... yang dah booking awal2 lain, yang datang main serbu lain, yang call rumah tanya ada durian lagi tak memang tak dapat la.. hahaha (sebab aku tukang jawab telefon hari tu)
tengok... dalam masa tak sampai 2 minit sempat gak bergambar walaupun tak senonoh skit... tengok kat tangan aku tu ada aiskrim.. mana taknya, tengah makan aiskrim mak bising suruh cepat nak pergi rumah tok induk.. yang aku sempat lagi nak bergambar sebab tak sempat bergambar raya lagi...
Sebelum naik kereta, sempat lagi bergambar dengan Ainul tu... hahaha!
sempat posing lagi kat rumah tok induk.. Ainul sibuk main lari2... Arissa? nak tau baby Arissa kat mana???

tarrrrraaaaaaaaaaaaaaaaa! papa dia yang jaga sambil tidur... adoila.. harap2 tok induk tak nampak perangai lakiku ini... hahaha!
 Balik dari rumah tok induk, aku terus pergi rumah long singgah beraya sebelum balik semula ke Subang... nak pergi rumah azhar, dia pun ada sama melepak kat rumah long sebab bini dia tak ada kat rumah, balik Palong.. mak dengan adah dah terus ke dusun tolong abah kutip derian... 

Gerak dari Segamat kul 3 petang, tepat jam 7.05pm aku dah sampai kat SOGO... diulang sekali lagi yer... SOGO... hahahahaha! aritu tak sempat shopping sebab orang sesak sangat... inilah masanya yang lengang dan sesuai untuk shopping...

Sampai rumah dekat pukul 10pm masing2 terbaring kepenatan... hahaha!                          

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea