Kawan2Ku

16 Ogos 2013

Semalam Yang Entah Apa Apa..

Posted by Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 16, 2013
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.. rasanya hari ni aku dah kembali bertenaga semula setelah semalam yang aku rasa sangat tidak bermaya... nasib baik la tak demam.. kalau demam payah plak nak tinggalkan keje2 aku tu.. almaklumlah aku ni kan pekerja yang tekun, rajin lagi berdedikasi (lah sangat)... haha!

Kat opis semalam pun aku curi2 masa skit baca novel Kampung Girl (aisshhhh.. baru je cakap pekerja yg berdedikasi) untuk hilangkan rasa mengantuk.. maklumlah masih dalam mood raya mana ada mood nak kerja... bila tangan dah pegang novel, mood jd ceria la.. bleh tergelak sorang cam minah sewel... tp sambil2 baca novel sambil buat keje jugak la.. tak mau la makan gaji buta walau sebenarnya memang pun.. hahah.. (eh.. tapi keje aku settle tau)

Tengah syok layan novel, encik boss yang juga sama macam aku masih dalam mood raya datang meneman.. okla.. ada jugak geng nak borak, hilang skit rasa mengantuk.. ngeeeeee! (Aduh... lapar Kenny Rogers Roaster la....)

Petang tu aku dah ada rasa aura2 nak demam.. seriau gak sebab adik beradik aku nak datang malam ni.. larat ke tak nak masak mee bandung seperti yang dijanjikan.. sampai rumah setelah beli barang semua aku terus memulakan operasi kat dapur.. anak2 aku biarkan kat taska dulu sebab kalau aku ambik diorg awal2 memang tak siaplah keje aku.. sebelum masak, aku sempat telan 2 biji panadol sebab dah rasa tak larat sangat. Encik asben aku pulak dah start keje hari ni, confirm la balik lewat.. 

Entah apa malangnya, salah satu telur yang aku ketuk untuk masuk dalam mee bandung tu macam dah tak elok.. terasa skit bau kehanyiran telur dalam mee bandung muarku .. aku pun pelik camana bleh terlepas masuk dalam periuk padahal aku ketuk sebiji2 masuk dalam cawan dulu sebelum aku campak dalam periuk yang tak berdosa tu.. mungkin dah bukan rezeki diorang kut nak makan mee bandung malam tu.. huhuhu (frust sangat sebenarnya)..
Then dengan kemalasan serta kepenatan yang sangat, aku pegi jemput anak2 kat taska dan terus pergi restoren mamak untuk order mee goreng mamak RM40..  hahahahha... terbaekkkk.. napa la aku tak terfikir awal2 untuk beli jer, kan senang... hahahahha dasar pemalas!

Lepas Isyak rumah aku dah meriah dengan suara anak2 buah aku.. memang syok.. yang paling aku suka menyakat si Aira, anak abang aku yang bam bam shomel macam aunty ya dia ni.. bayangkanlah umur baru 3 tahun berat dah 28kg... anak aku si Ainul yang dah 7 tahun tu pun berat baru 21kg.. hahaha..

Aira in da house!

Meriah meriah jugak tapi kepala aku dah memberat semacam, rasa nak demam.. bila diorang balik je dalam kul 11 lebih, aku terus pengsan.. hahahaha.. pengsan sekejap je, pastu aku sambung semula buat keje kat dapur.. bersihkan apa2 yang patut..

Dan bangun tidur pagi tadi, syukur sangat sebab dah rasa sihat dan cerdas semula.. nasib baik tak demam kalau tak, tak pasal2 kena amik mc.. kannnnnnnnn...

Okla.. daaaaaaaaaaaaaaaa!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea