Kawan2Ku

28 September 2013

Bola Oh Bola!

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, September 28, 2013

Entah kenapa malam ni aku terpanggil untuk buat entry tentang bola sepak selepas habisnya perlawanan JDT menentang Kelantan sebentar tadi dimana JDT telah menumpaskan Kelantan 4-2...

sebenarnya aku bukanlah peminat fanatik bola sepak, tapi bolehlah juga mengikut situasi dan keadaan... kalau aku rasa nak tengok, aku tengokla... kalau tak tengok pun tak ada hal... bukanlah aku ni jenis yang tak support sukan kat Malaysia ni tapi aku jenis malas nak jerit jerit depan tv / mamak / stadium.. dari buat sakit dada aku ni jer baik aku layan anak aku sambil menghadap gadget yang memang tak lekang di tangan... macam perlawanan tadi pun, aku dok guling2 jer dalam bilik kat rumah parent aku ni... tak menjengah pun kaca tv...

Berbalik pada asal, sebenarnya aku terpanggil untuk mengulas skit tentang penyokong fanatik, tak kisahlah dari negeri mana sekali pun... aku dan suami warga Johor, semestinya aku akan sokong JDT walaupun aku yakin majoriti peminat bola sepak tanahair selain warga Johor sendiri sangat anti dengan JDT... betul kannnn? Tapi aku tak kisah pun... adat la tu.. kita tak berhak nak tentukan sesiapa pun untuk suka kat kita.. sebab tu biasanya aku tak ambik endah dengan kata2 diorang...

Salah seorang kawan aku yang berasal dari negeri lain, memang aku perasan setiap status update di fb tentang bola kata2nya selalu akan mengguris perasaan aku selaku anak Johor... mungkin dia terlupa kawan2 dia juga terdiri dari pelbagai negeri termasuk Johor malah dia juga menyambung pelajaran di Johor... tapi aku tak pernah membalas sekadar membiarkan dia dengan sakit hatinya sebab aku tak nak simbah minyak kat api yang menyala...

Bukan nak kata peminat negeri lain, peminat JDT sendiri ada yang bermulut laser, semuanya disebabkan fanatik dengan bola... come on la geng... menang kalah kan adat permainan... sokong sokong jugak, tapi janganlah sampai menyakitkan dan menghina orang lain..

Apa yang aku boleh kata, biarlah kita bermusuh di padang, tapi diluar kita adalah saudara, adik beradik dan teman rapat....

Ermmmmmmm....

• Encik Zowwo call aku tadi, dia kata Isnin malam selasa kalau tak mengantuk bukaklah tv3 kul 12.30am tengok dia dalam rancangan scoreboard.. ermmm.. takde maknanya aku nak tengok, silap2 aku dah sampai London.. hahaha!

#walaupun aku warga Johor, aku sentiasa support negeri lain... aku sendiri pernah join aktiviti yang dijalankan oleh kelab TRW Lembah Klang... seronok sama2 berganding bahu dan saling mengenali satu sama lain... ianya satu pengalaman yang sangat berharga... sungguh!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea