Kawan2Ku

24 Oktober 2013

Apa Nak Jadi...

Posted by Dalia Hassan at Khamis, Oktober 24, 2013

Apa nak jadi entah sekarang ni...
Lepas satu, satu kes yang tak masuk dek akal.. kat mana ntah menghilangnya sifat perikemanusiaan.. sifat kasih sayang sesama insan semakin berkurangan.. entahlah...

Kadang2 aku jadi takut.. takut dengan apa yang terjadi kat sekeliling aku.. betul. Apa yang berlaku tu sudah ketentuan Allah.. kun fayakun.. tak kira kat mana kita berada, jika itu yang dikehendakiNya, maka itulah yang akan berlaku... apa yang penting kita berdoa mohon dijauhi dari segala malapetaka dan kecelakaan... In Shaa Allah.. Mudah2an kita selamat...

Terbaru petang tadi, kes lelaki yang dikatakan mengalami masalah jiwa.. gila isim mungkin kerana terlebih menuntut ilmu persilatan... apa yang aku tahu sepertimana yang diberitahu oleh mak aku, suspek memang budak dadah.. jiran aku kat kampung... selang hanya 5 buah rumah dari rumah mak.. tapi aku tak kenal dia, cuma kenal mak dia jer itupun tak pernah berborak.. maklumla masa aku pindah ke rumah tu, aku dah nak masuk tingkatan 5..

Ermmmmm...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea