Kawan2Ku

05 Oktober 2013

Kerja Di Hari Sabtu

Posted by Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 05, 2013

Bekerja di pagi Sabtu memang membosankan... tapi dalam bosan seronok juga sebab Isnin bleh off.. Ala.. bukan lama pun,  sampai tengahari je.. tapi nak tunggu sampai tengahari tu rasa macam nak tunggu malam.. lambat tul masa berlalu...

Macam tau tau jer yang aku rindu kawan2 lama, Ayu msg aku.. dia tanya mana aku kenal si Kuyah tu, budak yang aku rekemen keje kat company tu.. Aku bagitau la yang aku tak kenal dia, tapi aku kenal Azie, sedara si kuyah tu.. Azie tu kawan opis aku. Aritu aku dengar dia sibuk tolong si Kuyah ni carikan keje. Bila aku tau dia bleh buat akaun, tu yang aku call si Ayu tanya ada kosong tak kat sana.. Aku tau company lama aku tu memang banyak nak guna staff akaun. Company besar. Yang best, kerja di bawah orang Melayu yang berjaya dan tidak meninggi diri.. itulah Dato Syed.

Nak dijadikan cerita bila Kuyah pergi interview kat sana, rupanya si Kuyah ni sepupu kak ina, staff company tu juga..  alahai keciknya dunia.. bak kata Ayu, pusing pusing kat situ jugak.. hahaha! Dan Alhamdulillah Kuyah dah pun keje kat sana start Isnin lepas... dia kena handle akaun syarikat balak Dato.. ok la tu.. kalau aku dulu pernah handle akaun syarikat yang membekal rangsum basah dan kering di kem2 sekitar Kelantan dan Pahang.. 

Ayu bagi cadangan nak buat reunion semua staff dan x-staff dato.. ermmm.. macam best je kan? I like~ Ngeeeeee...

2 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

dah lama tak buat reunion dengan kawan-kawan sepejabat dulu..

Dalia berkata...

Kannn...... heheheh

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

PayPal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea