Apa-Apa Aje, Bila-Bila Aje, Mana-Mana Aje, Siapa-Siapa Aje, Suka-Suka Aje




Kawan2Ku

20 Oktober 2013

Menu Bayi : Puri Buah


Sekarang ni inilah makanan si kecik Arissa tu... bila aku bagi nestum ataupun bubur nasi, dia kurang sikit nak makan tapi bila aku suakan dengan puri (especially epal) laju jer buka mulut....

Epal merah sebelum dibasuh...
setelah dibasuh dan dipotong2, rebus dalam periuk....
setelah direbus, biarkan sejuk kemudian dikisar dan ditapi agar mendapat hasil yang halus...

masukkan kedalam bekas untuk membuat ais yang bertutup (boleh didapati di pasaraya Giant)


Setelah beku, masukkan ke dalam zipper bag dan label mengikut jenis dan tarikh (aku tak letak pun tarikh...) puri buah yang telah beku ini boleh disimpan dan digunakan sehingga 3 bulan jika disimpan di tempat beku....

aku gunakan warmer ni untuk panaskan kiub puri buah tersebut...