Kawan2Ku

15 Oktober 2013

Salam AidilAdha

Posted by Dalia Hassan at Selasa, Oktober 15, 2013
Assalamualaikum wbt.....

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha buat semua... raya haji tahun ni buat pertama kalinya aku menyambut raya disini.. tahun2 sebelum ni aku akan balik beraya di kampung aku di Segamat atau kampung encik suami di Kota Tinggi.. tahun ni memandangkan cuti hanya sehari, so aku ambil keputusan menyambut raya dirumah sendiri jer..

Sedih jugak rasa sebab tak dapat balik.. kak long aku beri cadangan suruh aku balik Isnin petang selepas habis kerja, then petang raya balik Subang semula.. tapi macam terkejar pulak.. mesti penat.. tak apalah.. sekurang-kurangnya dapat pengalaman sambut dan masak raya sendiri... tanpa sentuhan air tangan mak... huhu!

Meh tengok apa yang aku sempat masak di pagi raya... walaupun tak sesedap masakan mak, tapi cukup puas hati sebab encik asben puji... weeeeeeeee!

hidangan dah tersedia.. tinggal nak ngappppp jer...
Satay goreng resepi dari mak...
Ayam masak merah...
Sambal kacang kesukaan Ainul... dia yang paling banyak makan sambal kacang ni...
Rendang Daging...
Kuah Lodeh
Nasi Himpit...
Lemang Segera... (first time buat... boleh tahan jugak rasanya walau nampak macam lembik skit)
So, untuk hari ni aku bercuti dari berdiet... esok sambung diet semula... ngeeeeeeeeeeeeeeee!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea