Kawan2Ku

17 November 2013

Nak Cakap Juga....

Posted by Dalia Hassan at Ahad, November 17, 2013

Assalamualaikum wbt...

Meh sini aku nak cakap ni... buat kawan2 aku tak kira kat mana dan dimana pun... silalah jangan ambik hati kalau aku kawan dengan mana2 orang yang korang tak suka... yang bermasalah adalah korang, so korang yang kena settlekan secara baik... jangan pulak ko yang tak baik dengan dia, ko nak aku pun sama bermusuh dengan dia... Ini tidak baik untuk kesihatan (jiwa dan raga)... perkara kecik tak perlu dibesarkan...

Serius aku cakap ni... kalau pihak A yang salah, confirm aku akan berpihak pada B... begitulah sebaliknya... tak ada istilah memihak pada kawan baik... pada aku semua kawan adalah kawan baik aku... kalau aku rasa si B buat salah, aku tak akan sokong apa pun yang dia buat... vice versa...

Pada satu situasi aku boleh menyokong si A dan pada situasi yang lain aku boleh pula menyokong si B... jangan kata aku si batu api sebab aku tak akan bercerita apa yang aku rasa tidak boleh dicerita... aku hanya akan menyokong pihak yang aku rasa lebih betul...

Korang bayangkanlah jika si A dan si B yang bergaduh masing2 mengadu kat aku... apa yang aku patut buat sedangkan aku perlu buat2 tak tahu walhal aku dah tau dan aku tak boleh bagitahu yang aku dah tau... OMG... jangan akhirnya nanti aku yang bercelaru masuk hospital sakit jiwa sudah lar....

Sudah sudahlah tu....

Kami buddies... kami takkan terpisah... right????

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen!

 

D'Alia Gallery Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea