Kawan2Ku

Al - Kisah

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

24 Disember 2013

Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke - 8

Assalamualaikum wbt...

Alahai... kejap je masa berlalu... 24/12/2005 ~ 24/12/2013.. Genap 8 tahun bergelar isteri kepada Encik Suhaimi Bin Bujang... semoga ikatan ini kekal hingga ke Jannah... In Sha Allah.. Amin..

 Kebetulan mak mertua dan adik ipar satu keluarga ada kat sini, sempat jugalah buat bacaan doa selamat sempena ulangtahun perkahwinan kami serta ulangtahun anak saudaraku Anaqi yang ke 7 tahun...





0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon