Kawan2Ku

Assalamualaikum wbt...


Blog ini telah menjadi diari hidup aku. Kebanyakan yang aku masukkan di sini adalah kehidupan harian aku. Walaupun ianya tidaklah menarik perhatian dan tiada apa yang menarik, tapi perjalanan kehidupan aku tetap mempunyai jalan cerita yang tersendiri walaupun kadang-kadang ianya sangat membosankan. Menjalani rutin hidup yang biasa, melakukan sesuatu yang berulangan setiap hari, namun ianya tetap satu kenangan yang aku cuba kenang sehingga ke akhirnya.


Untuk tahun 2020, aku cuba untuk menulis setiap hari apa yang aku lakukan. Selain untuk kenangan di masa hadapan dan juga untuk tatapan anak cucu aku nanti, aku cuba untuk mendisiplinkan diri aku untuk tidak melakukan sesuatu perkara hanya separuh jalan. Aku cuba... mungkin The Chapter ini tidak bermakna bagi para pembaca, tapi ianya sangat bermakna bagi aku, walaupun ianya hanya sebuah kisah harian yang membosankan yang aku lalui setiap hari.


Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow blog aku yang sendu ini.


Sekian.

22 Disember 2013

Riang Ria Cuti Sekolah : Kidzania Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku berkesempatan membawa anak anak ke Kidzania KL yang terletak di Damansara, bersebelahan dengan IKEA.. Dah lama berjanji dengan Ainul nak bawa dia ke sini, dan hari ni terlaksana sudah janji...

Untuk mengelakkan kesesakan, tiket aku dah siap siap beli secara online.. 4 dewasa, 1 senior, 2 kanak kanak dan 2 baby... mudah dan cepat...

Di Kidzania, kanak2 dapat merasai dunia pekerjaan yang sebenar. Diberi gaji dan berbelanja menggunakan duit gaji sendiri. Sangat berbaloi cuma masa 5 jam mungkin tak cukup untuk explore kesemua pekerjaan disana. Apa yang penting, dapatkan peta terlebih dahulu untuk memudahkan anda membuat perancangan untuk anak anda..





























0 comments:

D'Alia Gallery. Dikuasakan oleh Blogger.
 

D'Alia Gallery Published @ 2014 by Ipietoon